Sunday, September 2, 2012

Mesyuarat Sambutan Hari Kemerdekaan SK. Tungku

Satu perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan perlaksanaan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah SK. Tungku telah diadakan pada hari selasa lalu 28hb Ogos 2012 bertempat di pusat sumber sekolah. Perjumpaan yang bermula jam 12.50 tengah hari itu antara lain membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dimuatkan ketika sambutan tersebut diadakan nanti. Semua staff hadir dalam perjumpaan tersebut yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Hasim B. Titeh.




Perjumpaan susulan dilakukan oleh Ketua Penyelaras Unit Kelab dan Persatuan, En. Noor Azmi B. Hj. Arshad pada keesokan harinya bagi membincangkan bentuk aktiviti yang akan dijalankan. Perjumpaan yang dihadiri oleh Ketua-ketua Penasihat Kelab dan Persatuan itu berbincang bersama-sama bagi mencari aktiviti yang sesuai untuk dimuatkan pada sempena minggu Hari Kemerdekaan nanti. 






Kedua-dua perjumpaan berakhir sekitar jam 1 lebih. Di harap segala input yang diberi dalam pejumpaan ini dapat digunakan sepenuhnya ketika aktiviti tersebut dilaksanakan nanti. 



No comments:

Post a Comment