Friday, February 15, 2013

Patah tumbuh, hilang berganti 2013

Setiap yang kosong akan diisi, yang kurang ditambahi dan yang lompang ditutupi. Begitu lah perumpamaan yang dapat digambarkan kepada staf yang berpindah dari sekolah lama ke sekolah baru. Tidak semua guru-guru yang berkhidmat di sesebuah sekolah akan kekal hingga lah ke akhir karier kerana lumrah alam pekerjaan seperti guru untuk menimba dan mencurahkan ilmu di tempat baru, mencari suasana serta cabaran baru, meneroka tahap baru dalam bidang perguruan dan lain-lain. Hidup sebagai seorang pendidik akan tetap diteruskan walau di mana pun mereka ditempatkan. Bagi sekolah khasnya SK. Tungku, perpindahan dua orang guru berdedikasi dan yang telah banyak berjasa kepada sekolah iaitu En. Abdul Hakim dan Pn. Hjh. Noor Kartini sememangnya dirasai oleh semua warga sekolah. Namun kekosongan mereka telah diisi oleh dua lagi tenaga baru yang bakal membawa sekolah menghadapi cabaran pada masa-masa mendatang.

En. Abdul Hakim bin Abd. Rajak merupakan seorang salah seorang staf SK. Tungku yang dikenali sebagai seorang pengacara yang mahir mengendalikan majlis atau program di peringkat sekolah mahupun zon. Beliau  mula berkhidmat dari tahun 1999 hinggalah 2012. Dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah, beliau bertanggungjawab dalam merangka program motivasi untuk peningkatan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum sekolah. Beliau juga aktif dalam memberi latihan kepada guru-guru terutama dalam subjek matematik di peringkat daerah kerana beliau merupakan salah seorang Jurulatih Utama Matematik Negeri Sabah. Beliau telah berpindah ke SK. Pekan 1, Lahad Datu berkuatkuasa 2013 mengakhiri 14 tahun khidmat beliau di SK. Tungku.






Permulaan tahun 2013 ini juga menyaksikan staf SK. Tungku mengucapkan selamat berjaya kepada salah seorang guru yang berdedikasi di sekolah ini iaitu Hjh. Noor Kartini bt Kassim yang berpindah ke sekolah barunya SK. Ulu Sipitang. Memulakan tugas di sekolah ini sejak tahun 2010, beliau memberi sepenuh komitmen dalam setiap tugas serta jawatan yang diberi. Pandangan serta idea beliau sentiasa diberi perhatian dalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Meski pun terpaksa berjauhan dengan anak dan keluarga tersayang di sepanjang perhidmatan beliau di sini, ianya tidak menghalang beliau daripada memberi khidmat didik dan ajar kepada murid-murid di sekolah. Jasa yang beliau berikan akan sentiasa dikenang oleh semua warga SK. Tungku.




Kekosongan beliau diganti oleh dua orang guru iaitu pertama guru berpengalaman dari sekolah di Pulau Pinang iaitu En. Rizwan b. Hj. Dahlan. Beliau merupakan anak kelahiran sekolah ini yang lama berkhidmat di semenanjung selepas tamat melanjutkan pelajaran salah satu pusat pengajian tinggi awam di sana. Pengalaman berkerja selama 5 tahun di sekolah lama, beliau banyak melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan peringkat negeri dan kebangsaan ( MSSM bola baling), menjadi Jurulatih Utama PROTIM Kebangsaan dan mempunyai pengalaman menjadi Guru ICT selama beberapa tahun.


Kedua ialah Ustaz Abdul Muhaimin, seorang guru muda j-QAF yang berasal dari Terengganu dan masih berada dalam latihan praktikal di bawah Institut Perguruan Kent.


Dengan tenaga baru dan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua guru ini diharap SK. Tungku akan terus berjaya  menempuh segala cabaran di masa hadapan. Kepada En Abd. Hakim dan Pn. Noor Kartini diucapkan semoga terus berjaya di sekolah baru.

Tuesday, February 12, 2013

Kursus Kepimpinan 2013

Kursus Kepimpinan untuk Ketua Kelas, Penolong dan Pengawas sekolah telah diadakan pada 7 hingga 8 Febuari lalu. Kursus yang bertujuan untuk mendedahkan peranan serta fungsi tugas-tugas ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas sekolah itu diadakan di dua tempat berasingan iaitu pusat sumber sekolah dan Makmal komputer SK. Tungku. Penceramah terdiri daripada Guru Disiplin, En. Mohd. Azman, Penolong Kanan Kurikulum, En. Idros, Penolong Kanan HEM, Pn. Umai Kalsum, En. Mazlan selaku penceramah slot LDK pertama dan En. Ag. Rozey untuk LDK kedua. Selain daripada menerangkan peranan serta fungsi jawatan masing-masing kepada para peserta, nilai murni serta elemen-elemen disiplin dan amanah turut dimasukkan bagi menguatkan lagi pemahaman mereka tentang pentingnya peranan mereka dalam membantu mewujudkan murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia.




















Semoga dengan penyertaan mereka dalam kursus ini mereka akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan sempurna.

Thursday, February 7, 2013

Selamat tahun baru 2013

Tahun 2012 menyaksikan banyak peristiwa serta aktiviti telah dirancang di sepanjang tahun tersebut. Suka dan duka, kegembiraan, kesedihan mewarnai kalendar 2012 SK. Tungku yang berakhir tengah malam tadi. Peristiwa-peristiwa ini menambahkan lagi pengalaman serta kenangan kepada murid-murid dan guru-guru betapa istimewanya sekolah ini yang akan menjadi salah satu sejarah dalam hidup mereka.

Berikut merupakan beberapa aktiviti-aktiviti yang berlaku di sepanjang tahun 2012 bermula era pentadbiran Guru Besar En. Ahmad Sallehan hingga En. Marjan Bahajan.



Tahun 2012 menyaksikan wujudnya surau pertama SK Tungku yang didirikan berhampiran dengan bangunan prasekolah. Surau ini telah digunakan sepenuhnya untuk aktiviti pendidikan Islam, J-qaf, solat tarawih dan solat hajat untuk tahun 6.



Sukan tara juga berjaya diadakan dengan mempertandingkan beberapa acara yang dijadikan tempat untuk mengumpul mata untuk setiap pasukan yang bertanding. Mata ini akan terus di bawa hingga ke hari sukan tahunan peringkat sekolah.











MTQ peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan pada awal bulan febuari 2012. Aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam berjaya dilaksanakan dengan kehadiran murid yag amat memuaskan. Aktiviti dijalankan di dewan serbaguna SK. Tungku yang dirasmikan oleh Guru Besar SK. Tungku, En Ahmad Sallehan.







Sukan Prasekolah peringkat Zon Tungku juga berlangsung dengan jayanya. Sukan yang diadakan di SK. Sri Pantai ini mendapat penyertaan pertama Prasekolah SK. Tambisan. Prasekolah SK. Tungku berjaya memberi saingan sengit kepada prasekolah lain dalam pertandingan yang disertai oleh prasekolah di seluruh Zon Tungku.













Sukan olahraga MSS Daerah Lahad Datu telah diadakan di SK. Anjung Teduh yang menyaksikan penyertaan 42 sekolah seluruh sekolah rendah di daerah Lahad Datu.Kejohanan berlangsung selama dua hari itu dilaksanakan dengan jayanya dengan atlit-atlit SK. Tungku mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan memberi saingan dalam setiap acara yang diikuti. 







Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Tungku telah diadakan pada bulan Febuari dengan SK. Tungku mendapat tempat ke- 2 bagi kategori antara sekolah-sekolah. Sambutan kali ini semain meriah dengan penyertaan beberapa kumpulan dari FELDA dan dari kawasan Tungku.










Beberapa perlawanan persahabatan bola sepak bawah 12 tahun telah diadakan antara pasukan bola sepak SK. Tungku dengan pasukan bola sepak SK. Telisai, SK. Sri Pantai dan SK. Sri Darun bagi menguji kemantapan pasukan masing-masing bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Zon Tungku yang diadakan di SK. Telisai. Pasukan SK. Tungku tampil dengan prestasi membanggakan apabila muncul antara 4 pasukan terkuat Zon Tungku apabila layak beraksi di separuh akhir kejohanan. 














Sambutan Hari Guru telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya Mei lalu. Sambutan ini juga merupakan sambutan pertama warga SK. Tungku bersama Guru Besar baru En. Marjan. Tradisi sambutan di sekolah ini biasanya dimulakan dengan aktiviti sukaneka antara guru-guru sebelum sambutan rasmi di dewan serbaguna SK. Tungku. 



















Mesyuarat PIBG pertama untuk tahun 2012 diadakan untuk melantik Yang Dipertua PIBG sekolah dan membincangkan isu-isu yang timbul dikalangan ibu bapa. En. Taib B. Mayong masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG SK. Tungku atas pilihan majoriti ibu bapa yang mahukan komitmen beliau diteruskan.










Program Kecemerlangan UPSR untuk tahun 6 juga telah berjaya dilaksanakan pada bulan Jun lalu. Penceramah berpengalaman dari sekolah-sekolah sekitar Lahad Datu seperti Cikgu Suhaimi B. Kasuari (SK. Lahad Datu 4), Cikgu Mohd. Ali Masyhum (SK. Cenderawasih) dan beberapa penceramah lain memberi komitmen tinggi dalam memastikan ilmu yang disampaikan difahami dan dapat digunakan oleh murid-murid.







Senamrobik seluruh negara yang diadakan pada bulan Julai lalu juga berjaya dilaksanakan dengan penyertaan memberangsangkan dari warga setempat. ADUN kawasan Tungku, Datuk Mohd. Suhaili B. Said merasmikan program tersebut yang turut dihadiri oleh warga tentera. Selain senaman, program turut dihiasi dengan aktiviti sukaneka antara masyarakat kampung dengan guru dan antara murid-murid.















Penutupan bulan kemerdekaan menjadi salah satu aktiviti utama di sepanjang kalendar 2012 SK. Tungku. Program diadakan pada bulan September berjaya menyemai semangat patriotik kepada murid-murid melalui beberapa aktiviti yang di rancang pada bulan tersebut. 















Majlis Konvokesyen murid-murid prasekolah Zon Tungku telah berjaya disempurnakan pada bulan Oktober lalu. Semua prasekolah-prasekolah dari sekitar Tungku berkumpul di Dewan Masyarakat Fajar Harapan, Felda bagi menjayakan majlis konvokesyen ini. Murid-murid Prasekolah SK. Tungku segak dan ceria menerima anugerah daripada penyampai iaitu Pegawai Pendidikan Lahad Datu  En. Rahim dan ADUN Silam YB Salleh Kalbi.








Majlis perpisahan tahun enam telah diadakan pada bulan oktober lalu sebagai tanda salam perpisahan mereka kepada sekolah sebelum melangkah ke sekolah menengah. Majlis diadakan di kelas tahun 6 itu dihadiri oleh guru-guru. Turut hadir Guru Besar SK. Tungku En. Marjan, Penolong-Penolong Kanan dan staf. Suasana hiba mewarnai majlis apabila wakil pelajar menitiskan air mata apabila membuat ucapan. Sememangnya situasi ini turut memberi kesan mendalam kepada beberapa orang guru yang turut tersentuh dengan ucapan disebabkan banyak kenangan pahit manis ketika mendidik mereka hinggalah ke penghujung sekolah rendah. 























Hari Perkhemahan Unit Beruniform juga berjaya dilaksanakan pada bulan oktober lalu dengan sambutan amat memberangsangkan dari para peserta yang terdiri daripada murid-murid dari tahun 4 hingga 6. Program   tersebut berlangsung selama 3 hari bermula petang Jumaat hingga pagi Ahad. 































































































































































Kalender aktiviti SK. Tungku pada tahun 2012 diakhiri dengan majlis sambutan Hari Kecemerlangan yang diadakan pada 8 November lalu. Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK. Tungku, En Taib. Majlis pada awalnya menjemput Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, En. Umin namun beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau menghantar wakilnya,  En. Mohammad Vicante untuk menghadiri majlis tersebut.










































Alhamdulilah, semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik. Syabas diucapkan kepada guru-guru yang sama-sama berkerjasama menjayakan setiap program yang dijalankan. Semoga kenangan 2012 akan sentiasa bersemadi di hati guru-guru dan murid-murid yang kekal dan yang telah berpindah dari sekolah ini.