Friday, July 13, 2012

Senam robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia SK. Tungku

Pada 10hb lalu, SK. Tungku telah berjaya melaksanakan program Senam robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bertempat di perkarangan sekolah SK. Tungku. Program di bawah kendalian kokurikulum itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penyertaan murid serta ibu bapa yang turut hadir dalam senam robik tersebut. Kehadiran tentera post cawangan Tungku juga memeriahkan lagi suasana sambutan. Majlis dirasmikan oleh ADUN Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Hj. Said. Aktiviti senam robik dimulakan selepas selesai ucapan perasmian dari Datuk Mohd. Suhaili dan ucapan kata alu-aluan dari Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan b. Hj. Bahajan.







































Tetamu terhormat turut bersenam robik bersama murid-murid. guru-guru, ibu bapa dan para hadirin yang hadir menjayakan program tersebut. Setelah selesai senam robik, sukaneka diadakan untuk pengisian seterusnya. Sukaneka ini terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk dewasa dan untuk murid-murid sekolah. Beberapa permainan dipertandingkan seperti tarik tali untuk dewasa, isi air dalam botol (dewasa dan murid-murid), belon beracun (dewasa dan murid-murid sekolah), tendang bola dalam gol berkumpulan (dewasa), bowling padang (murid-murid sekolah) dan lain-lain lagi.







































Acara sukaneka berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada para peserta yang bertanding. Pasukan guru-guru dan tentera juga mengambil bahagian dalam beberapa permainan yang dipertandingkan. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis dimulakan dengan sumbangan beras kepada anak-anak yatim SK. Tungku yang disampaikan oleh Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan, Kapten post tentera Cawangan Tungku, dan Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Umai Kalsum merupakan antara penyampai hadiah kepada pemenang. Bagi kategori murid-murid, Rumah Helang telah memenangi tempat pertama secara keseluruhan pada sukaneka kali ini. 









Syabas kepada AJK yang terlibat menjayakan Program Senam robik 1 Murid 1 Sekolah 1 Malaysia pada kali ini. Kepuasan jelas terpancar bukan sahaja kepada AJK yang bertungkus lumus memastikan perjalanan program berjalan lancar tetapi juga para peserta yang menyertai program tersebut. 


Ucapan terima kasih juga kepada rakan jurufoto yang membantu melengkapkan sesi fotografi untuk program kali ini.