Wednesday, March 30, 2011

Mesyuarat Disiplin Sekolah


Mesyuarat Disiplin Sekolah telah diadakan tengah hari kemarin. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang hal-hal disiplin sekolah, ketetapan-ketetapan baru dan hal-hal berkaitan kelas dan murid-murid. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM Hjh. Pn. Umai Kalsum Bt Abdullah dihadiri oleh semua guru  yang berkumpul di Pusat Sumber Sekolah.





Respon yang positif serta pandangan dari guru-guru menghiasi perjalanan mesyuarat dan ianya merupakan petanda yang baik dari  guru-guru bagi  memastikan mutu disiplin di sekolah sentiasa di jaga. Puan Umai juga sentiasa menasihati guru-guru agar sentiasa berubah ke arah yang lebih baik agar menjadi teladan yang bermakna untuk murid-murid. Sepotong kata dari Hjh Pn. Umai "Change is not difficult but not change is disaster (malapetaka)" menjadi penutup dan menangguhkan mesyuarat pada kali ini.. Renung-renungkan lah..

Saturday, March 26, 2011

MAJLIS TADARUS AL QURAN ( MTQ ) PERINGKAT ZON TUNGKU 2011


TANGGAL 22 MAC 2011, SK TUNGKU TELAH MENYERTAI MTQ PERINGKAT ZON TUNGKU. SEKOLAH TELAH MENGHANTAR SERAMAI 15 ORANG  PESERTA BAGI TAHUN INI IAITU 2 ORANG BAGI HAFAZAN, 2 ORANG BAGI TILAWAH AL QURAN, 2 ORANG BAGI BERCERITA KISAH NABI DAN 9 ORANG BAGI NASYID.

MTQ TAHUN KALI INI TELAH DIADAKAN DI KOLEJ KINI CENDERAWASIH YANG MANA SK CENDERAWASIH DIBERI MANDAT SEBAGAI PENGANJUR MTQ ZON TUNGKU 2011. MTQ KALI INI,  KITA AMAT BERTUAH SEKALI KERANA DIBERI KESEMPATAN MENGANJURKAN MTQ DI DALAM KOLEJ YANG AMAT  INDAH WALAUPUN PADA KEBIASAANNYA MTQ DIADAKAN DI SEKOLAH YANG DIBERI MANDAT SEBAGAI PENGANJUR. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA FELDA SAHABAT  DAN JUGA PENGANJUR ZON TUNGKU 2011. JASAMU AKAN DIKENANG.

TAHUN INI, SEKOLAH HANYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM ACARA TILAWAH AL QURAN LELAKI YANG DISANDANG OLEH MOHD IZZAT FIRDAUS BIN ZULKIFLE IAITU ANAK KEPADA SALAH SEORANG STAF DI SEKOLAH INI. SELAIN ITU, KITA JUGA MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM ACARA NASYID YANG DIBERI NAMA KUMPULAN SHAOTUL SYIFA.

WALAUPUN HANYA MENDAPAT TEMPAT KEDUA DAN KETIGA PADA TAHUN INI, IANYA TIDAK AKAN TERCAPAI JIKA TIDAK ADA KERJASAMA DAN RASA TANGGUNGJAWAB DARI SEMUA STAF SK TUNGKU. SEKALI LAGI DIUCAPKAN TERIMA KASIH SEMUA SYUKRAN JAZIILAN ‘ALAIKUM. HANYA TUHAN SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA KALIAN DAN MOGA TAHUN YANG AKAN MENDATANG SEKOLAH KITA AKAN MENJADI JOHAN KESELURUHAN BAGI ZON TUNGKU. SETERUSNYA MEWAKILI DAERAH, ZON TENGGARA, NEGERI DAN KEBANGSAAN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

BERIKUT WAJAH-WAJAH PESERTA SK TUNGKU BAGI ZON TUNGKU 2011

ACARA TILAWAH AL QURAN

ACARA HAFAZAN

ACARA BERCERITA KISAH NABI

ACARA NASYID

PESERTA BERSAMA GURU PENGIRING


Thursday, March 24, 2011

Taklimat Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah (SPKPPDKM)

Taklimat ini diadakan pada 23hb Mac lalu bertempat di Pusat Sumber sekolah. Taklimat ini dihadiri oleh semua guru-guru dan ditaklimatkan oleh Guru Besar SK. Tungku En. Ahmad Sallehan Bin Arifin. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada guru-guru sistem pengurusan yang perlu diaplikasikan oleh guru-guru dalam skop kerja masing-masing bagi memastikan mutu kerja menepati kualiti yang ditetapkan. 





Turut diutarakan perlantikan Ketua Audit sekolah yang menyaksikan  En. Jabridin b. Yusof dipilih untuk  menjawat jawatan tersebut. Taklimat bersurai jam 12.50 tengah hari.

Friday, March 18, 2011

Cuti seminggu..

Musim cuti telah pun bermula dari 12hb Mac hingga 20 hb Mac. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh guru-guru pada masa lapang ini. Bagi mereka yang tinggal jauh dari kawasan sekolah seperti rakan-rakan yang tinggal di Papar, Weston, Kota Belud, Tuaran, Kunak dan kawasan-kawasan lain kebanyakkannya balik untuk bercuti bersama keluarga di kampung halaman. Bagi rakan-rakan yang tinggal berdekatan dan juga rakan-rakan yang tidak balik ke kampung halaman ini merupakan masa terbaik untuk meluahkan masa bersama keluarga dan juga melaksanakan perancangan-perancangan lain secukupnya. Bagi saya, masa banyak diluahkan dengan mengambil gambar di sekitar rumah dan kadang kala di dalam rumah.



Tinggal beberapa hari lagi cuti akan melabuhkan tirai menandakan bermulanya sesi persekolahan seterusnya. Diharap agar rakan-rakan yang datang dari jauh akan tiba dengan selamat. Demikian juga dengan rakan-rakan yang lain agar berada dalam keadaan  sihat walafiat. Semoga percutian ini akan membawa semangat dan keazaman yang baru untuk sesi persekolahan akan datang.

Wednesday, March 9, 2011

Motivasi Ibu Bapa SK. Tungku 2011

Motivasi Keibubapaan telah diadakan pada hari ini iaitu 9hb Mac 2011. Majlis anjuran Unit Pemulihan SK. Tungku itu diadakan di bilik Mutiara Ilmu dan bermula  pada jam 9 pagi. Program ini dibuat khusus kepada beberapa ibu bapa yang terpilih (anak terlibat dalam pemulihan) sebagai pendekatan untuk memberi gambaran jelas serta kefahaman mengenai permasalahan anak-anak dan masalah disleksia.








En. Abdul Hakim Bin Rajak, Guru Kaunseling SK. Tungku dan En. Ahmad Sallehan, Guru Besar SK. Tungku dijemput sebagai penceramah dalam program tersebut. En Abdul Hakim menyampaikan ceramah bertajuk motivasi ibu bapa manakala Guru Besar pula menyampaikan ceramah berkaitan disleksia. 


Tuesday, March 8, 2011

Sekali sekala bermain bola tampar di klinik kesihatan Tungku

Selain berehat dari kesibukan waktu kerja di waktu pagi, sebahagian guru-guru  meluahkan masa di waktu petang dengan  bermain bola tampar di gelanggang bola tampar  Klinik Kesihatan Tungku. Aktiviti ini dilakukan sekali sekala sekiranya ada masa terluang dikalangan guru-guru. Perlawanan diadakan secara "mix" iaitu bercampur dengan kakitangan klinik kesihatan dan juga masyarakat yang tinggal berhampiran.






 Semoga perlawanan seperti ini akan dapat mengeratkan lagi persahabatan dan hubungan di antara kakitangan klinik kesihatan, guru-guru dan masyarakat setempat.

Monday, March 7, 2011

Mesyuarat HEM pertama 2011

Mesyuarat HEM kali pertama telah berlangsung pada 28hb Febuari 2011 bertempat di pusat sumber sekolah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM Pn. Umai Kalsum bt Abdullah antaranya membincangkan tentang ahli jawatankuasa HEM untuk tahun 2011, hal-hal berkaitan aktiviti sekolah, hal ehwal murid dan perkara-perkara berbangkit yang lain.



Kehangatan isu yang dibincangkan membawa kepada penangguhan mesyuarat pada jam 2.45 petang.

Sunday, March 6, 2011

Sukan Bola Sepak Peringkat Sekolah 2011

Pertandingan bola sepak antara rumah sukan telah diadakan pada 23hb Febuari 2011. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada kalendar ko-kurikulum sekolah dan diadakan pada petang rabu. Perlawanan diadili oleh En. Henry selaku guru berpengalaman dalam bola sepak dan guru-guru penasihat kelab bola sepak sekolah.









Semua perlawanan diadakan di padang daerah kecil Tungku. Perlawanan diadakan mengikut format kalah mati. Perlawanan berakhir pada jam 5.20 petang.

Maulidur Rasul Peringkat Daerah kecil Tungku 2011

Pada 19hb Febuari, sambutan perayaan Maulidur Rasul Peringkat Daerah kecil Tungku telah berlangsung. Sambutan ini disertai oleh kampung-kampung dari kawasan Tungku dan kawasan Felda. Sambutan ini juga dimeriahkan dengan penyertaan 4 sekolah diantaranya SK. Tungku. Pada awal pagi sabtu kesemua kontinjen akan berkumpul di padang pejabat daerah Tungku bersama dengan sepanduk masing-masing untuk dinilai oleh para pengadil.











Perarakan berhenti di hadapan bangunan baru kerajaan. Sambutan ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Mohd. Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku. Semangat maulidur rasul dikalangan peserta terbukti cekal biarpun hujan turun pada sambutan kali ini. SK. Tungku telah memenangi tempat ke-3 bagi pertandingan sepanduk kategori sekolah. Asrama SK. Sri Pantai memenangi kategori ini. Walaubagaimanapun SK. Tungku dipilih sebagai johan perarakan keseluruhan untuk daerah kecil Tungku bagi tahun 2011.Syabas.

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

Pada 18hb Febuari lalu , sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan perarakan pada awal pagi kemudian acara selebihnya diadakan dalam dewan. Murid-murid digalakkan memakai pakaian melayu bagi murid lelaki dan baju kurung beserta tudung bagi murid perempuan. Perarakan dijalankan di  sepanjang jalan menuju simpang Pejabat Daerah kecil Tungku di iring oleh polis cawangan Tungku.















Majlis diteruskan dengan berzanji, nyanyian nasyid dari murid-murid dan ceramah tentang kisah nabi yang disampaikan oleh Ustaz A. fathoni. Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi PIBG sekolah En. Taib bin Mayong ini diakhiri dengan pembahagian bunga telur kepada murid-murid.