Tuesday, April 26, 2011

Taklimat peperiksaan

Perjumpaan guru-guru telah diadakan tengah hari tadi jam 12.20 bertempat di Pusat Sumber sekolah. Perjumpaan ini menjadi medan untuk Guru Besar SK. Tungku, En. Ahmad Sallehan memberi taklimat berkaitan dengan peperiksaan yang akan diadakan pada 18-23hb Mei depan. Turut dibincangkan ialah cuti Hari Pekerja pada hari isnin dan susunan program yang akan dijalankan sebelum dan selepas peperiksaan.






Perjumpaan yang dihadiri semua guru ini berakhir sebelum jam 1 petang.

Friday, April 22, 2011

Sesi latihan atlit Prasekolah SK. Tungku

Dalam beberapa minggu ini, Prasekolah SK. Tungku telah mengadakan beberapa latihan terutama kepada para peserta sukan  prasekolah yang akan diadakan pada 27hb April nanti. Sesi latihan ini diadakan pada waktu pagi dan dikendalikan oleh dua guru Prasekolah iaitu En. Mazlan dan En. Nurulla.




Latihan tertumpu pada teknik larian dan latihan menguji kelajuan antara peserta. Sekali sekala peserta sukan Prasekolah ini akan membuat perlumbaan persahabatan dengan murid-murid tahun dua yang kebetulan mengadakan sesi Pendidikan Jasmani di padang. Semoga berjaya diucapkan.

Tuesday, April 19, 2011

Mesyuarat Ketua-ketua Unit HEM

Pada 18hb April lalu telah diadakan mesyuarat Hal Ehwal Murid yang melibatkan ketua-ketua unit HEM. Mesyuarat yang berlansung di Pusat Sumber Sekolah itu membincangkan tentang pengurusan fail setiap ketua-ketua unit HEM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Umai Kalsum menegaskan pentingnya pengurusan fail kepada setiap ketua-ketua unit bagi memastikan kekemasan pengurusan.



Mesyuarat yang bermula jam 12.20 tengah hari itu berakhir lebih kurang jam 12.50 tengah hari.

Friday, April 15, 2011

Baca sifir

Antara program yang dijalankan untuk mengukuhkan pengetahuan murid-murid dalam subjek matematik ialah membaca sifir. Aktiviti ini diadakan setiap hari. Selepas lonceng tamat waktu rehat dibunyikan, murid-murid akan berkumpul dan berbaris di luar kelas. Mereka akan membaca sifir beramai-ramai diketuai oleh ketua kelas yang akan membaca sifir berhadapan dengan mereka dan kemudian di ikuti oleh murid lain. Ada juga guru-guru membantu murid-murid membaca sifir terutamanya murid-murid yang berada di tahun satu.


Sifir yang di baca ialah dari sifir 1 hingga lah sifir 12 mengikut tahap atau silibus dan aras pengetahuan murid. Adakalanya sifir tersebut akan di baca berulang kali agar murid bukan hanya sekadar membaca sahaja tetapi dapat mengingati sifir-sifir tersebut. Murid-murid di setiap kelas akan membaca mana- mana satu sifir yang di pilih pada setiap hari persekolahan. Selepas murid-murid selesai membaca  sifir barulah mereka akan masuk kelas bagi menyambung jadual pelajaran seterusnya.

Thursday, April 14, 2011

Masing-masing rancak beraktiviti

Aktiviti gerko yang dijalankan kemarin tampak menarik kerana semua Unit Beruniform menjalankan aktiviti-aktiviti luar sebagai persediaan sebelum perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah.Gerko dijalankan bermula jam 2.30 dan berakhir pada jam 4.30. Beberapa unit beruniform mengadakan aktiviti menarik perhatian murid-murid pada hari tersebut antararanya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang memulakan aktiviti seawal jam 2.00 petang mendedahkan para ahli persatuan dengan aktiviti memasak. Aktiviti ini penting sebagai pendedahan awal kepada para ahli supaya mempunyai pengetahuan dan boleh berdikari ketika memasak semasa perkhemahan peringkat sekolah nanti. Persatuan Pengakap juga melakukan aktiviti sama dengan memasak secara berkumpulan diperhatikan oleh guru penasihat masing-masing. Kadet Remaja Sekolah pula memulakan aktiviti hari ini dengan mendemonstrasikan jenis-jenis ikatan kepada ahli-ahli.



















 Walaupun menjalankan aktiviti dalam keadaan hujan, aktiviti-aktiviti dapat juga dijalankan dengan jayanya.
 Aktiviti Unit Beruniform berakhir pada jam 3.30 petang dan di sambung oleh gerko sukan hingga jam 4.30 petang.





Thursday, April 7, 2011

Kegiatan Gerko Sekolah

Semua aktiviti gerko sekolah diadakan pada hari rabu setiap minggu. Masa gerko ini dijalankan mengikut aktiviti-aktiviti yang dijadualkan  iaitu 12.30-2.30 untuk aktiviti Unit Beruniform dan Kelab manakala mana-mana aktiviti yang bergabung dengan gerko sukan akan diadakan bermula jam 2.30 hingga jam 4.30 petang.







Sejak 2 minggu kebelakangan ini,  aktiviti-aktiviti luar seperti kawat dan aktiviti sukan lain dibatalkan dan ada yang diadakan di dalam kelas kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Walaupun begitu, aktiviti gerko sekolah tetap berjalan seperti yang dirancang.