Monday, January 31, 2011

Sukan tara SK.Tungku 2011

Pada 26 hb Januari lalu sukan tara SK. Tungku kembali menghiasi kalendar sukan sekolah apabila semua rumah sukan berentap untuk mencari "starting" awal untuk sesi 2011. Kesemua rumah-rumah sukan (Helang, Enggang, Merak dan Nuri) menurunkan peserta terbaik mereka untuk bersaing mendapatkan sebanyak mata yang mungkin untuk di bawa ke sukan tahunan nanti. Berikut merupakan antara gambar-gambar menarik yang sempat di rakam oleh kamera.



















Sukan tara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada kira-kira 5.30 petang. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang menang dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sukan tara kali ini.

Thursday, January 27, 2011

Guru-Guru Besar SK. Tungku..


Sejak tahun 1947, seramai 16 Guru Besar telah berkhidmat dengan SK. Tungku. Pengasasnya iaitu Datu Mansur Bin Datu Hassan memulakan senarai Guru Besar dan menjawatnya sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1947-1952 dan 1957-1958. Banyak era dan peristiwa telah dilalui di sepanjang perjalanan pendidikan di SK. Tungku. Sekolah ini telah melalui era pendidikan zaman british, kemerdekaan tanah melayu tahun 1957,konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-1966,  Hari Malaysia tahun 1963, tragedi berdarah 13 Mei 1969 dan beberapa lagi peristiwa penting negara hingga ke hari ini. Sekolah SK. Tungku yang telah mencapai tahunnya yang ke 64 ini di harap akan terus maju dan seiring dengan perkembangan semasa dunia dan teknologi terutama dalam bidang pendidikan.

Wednesday, January 26, 2011

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2011

Mesyuarat Kurikulum telah diadakan tadi bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Mesyuarat yang bermula jam 12 tengah hari itu membincangkan hal-hal berkaitan sekolah antaranya hal-hal berbangkit mesyuarat lalu, LINUS, KSSR, penyusunan semula jawatankuasa-jawatankuasa kurikulum, analisa UPSR 2010, laporan dari unit-unit kurikulum, pengemaskinian jadual baru dan hal-hal yang berkaitan untuk perhatian pihak pentadbiran.



Mesyuarat berakhir hampir jam 2 petang.

Monday, January 24, 2011

Patah tumbuh, hilang berganti..

Selama saya berkerja di sekolah ini (dari tahun 2001), telah ramai rakan-rakan yang datang dan pergi dari sekolah ini. Ada diantara rakan-rakan berpindah dalam satu kawasan, berlainan daerah dan bahagian, bertukar antara negeri, bertukar profession dan bersara. Saya hanya ingat beberapa nama sahaja dan tidak semua wajah-wajah mereka terakam dalam gambar. Antaranya seperti Cikgu Siti Hasimah yang berpindah ke semenanjung pada sekitar tahun 2003-2004, Pn. Kartini sekitar tahun 1999-2002, dan beberapa lagi guru sandaran, guru ganti ataupun staff SK. Tungku yang pernah berkhidmat beberapa lama di sekolah ini.






 Berikut merupakan antara guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini yang sempat dirakam melalui kamera. Antaranya ialah Cikgu Alimin @ Big Bro(SK. Silam), Pn Aminah @ Kak Min (SK. Sepagaya), Cikgu Harun (SK. Sri Darun), Andy Khairunnisa @ yan , bekas staff SK. Tungku En. Norsaleh ( SK. Permai),kak Sofia ( SMK Sepagaya), Ustaz Faizal (semenanjung), Ustaz Rushdi @ Der ( Semenanjung), Yahya, Ustaz Zikri @ zik ( SK. Pekan 1), Trisno Kassim @ telit (M.A Tawau), Kak Aishah ( SK. Payang), Kak Sharmila ( SK. Telisai), Gerache @ Grace ( SK. Lahad Datu 4), Pn. Azera @ Acik ( semenanjung), James Venon ( SK. Pekan Telupid), Robert ( area Telupid), Cikgu Abdullah (besara 2006), Ustaz Ahmad Bukhari (besara 2004), Nunsi @ Nuns ( Semporna), Cikgu Jamil (Lahad Datu), Cikgu Paunin (besara 2010), Pn Jumiati @ Jumi' ( Kunak), Cikgu Ladja (SK. Ulu Tungku), Suharnie (SK. Rukom, Pitas), Amira, Pn. Norhayati (SK. Bukit Balacon), Masnah @ Mas (Tawau), Ernie @ Er (Tawau) serta beberapa lagi guru yang perna mengajar tetapi tidak ada dalam gambar seperti Shah ( SK. Sahabat 2) dan rakan-rakan lain yang perna bertugas di sekolah ini (akan dikemaskini). Tidak lupa juga kepada mantan Guru Besar SK. Tungku dan Guru Besar pertama semasa saya berkhidmat di sekolah ini iaitu Pn. Rina Jasmi. Beliau menjadi ketua nazir bahagian Sandakan pada masa ini.

Sunday, January 23, 2011

Bergambar bersama bulan



Gambar ini diambil ketika kami semua (rakan serumah bujang dan kawan-kawan) berkumpul menyaksikan bulan yang tengah naik dari arah timur. Ketika bulan baru muncul di celah-celah pokok suasananya memang cantik. Gambar ini diambil sekitar jam 7.30-8.30 malam sambil menanti rancangan Raja Lawak jam 9.00 malam. Saya tidak menggunakan lens yang biasa saya gunakan untuk menangkap gambar bulan sebaliknya hanya menggunakan canon 18-135 mm untuk mengabadikannya dalam kenangan.

Saturday, January 22, 2011

Hujung minggu yg tenang

Hujung minggu ni hanya menghabiskan masa di rumah saja. Bagi kawan-kawan yang lain mungkin aktiviti hujung minggu di isi dengan aktiviti lain mengikut perancangan masing-masing. Sambil menikmati rehat pada hujung minggu  ada juga masanya guru-guru akan memberi ruangan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada hujung minggu seperti Maulidur rasul peringkat daerah kecil Tungku dan aktiviti-aktiviti akan datang mengikut perancangan sekolah.


Apa pun yang penting kita dapat menikmati rasa rehat secukupnya di hujung minggu ini. Selamat hujung minggu!

Friday, January 21, 2011

Mesyuarat Ko Kurikulum sesi 2011

Pada 19hb January 2011, mesyuarat Ko Kurikulum sesi 2011 telah diadakan bertempat di pusat sumber sekolah. Mesyuarat yang bermula jam 11.50 pagi itu dipengerusikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum yang baru Cik Rosdah. Mesyuarat membincangkan tentang lantikan Ketua Penasihat setiap unit, takwim Ko Kurikulum, perlaksanaan  serta perkembangan-perkembangan terkini KoKum sekolah.






 Pelantikan Ketua Unit disampaikan oleh Guru Besar SK. Tungku En. Ahmad Sallehan Bin Arifin




















  Mesyuarat juga dihadiri oleh Penolong Kanan Kurikulum En. Idros A Kampak dan Penolong Kanan HEM Pn. Umai Kalsum. Mesyuarat bersurai pada jam 1.30 petang.

Perpisahan dengan Big Bro ( Bugs Rock)

Pada 10 Januari 2011, salah seorang dari guru di SK. Tungku, merangkap Penolong Kanan Kokum dan old housemate guru-guru bujang mengadakan sesi "leparking" di restauran Nafeesa. Majlis tidak rasmi ini dihadiri oleh kawan-kawan terdekat seperti kawan-kawan serumah, En. Idros (jiran sebelah rumah), Lah, Ken, dan Udus.

Kawan yang diraikan , Cikgu Alimin telah berpindah ke sekolah baru SK. Silam dan ini merupakan minggu terakhir beliau bersama kami di SK. Tungku. Jasa dan kenangan beliau bersama-sama warga SK. Tungku sentiasa dikenang. Ini termasuk juga kenangan-kenangan ketika tinggal bersama guru-guru bujang. Kami ucapkan semoga berjaya.

Thursday, January 20, 2011

Mesyuarat Staff pertama 2011

Mesyuarat Staff pertama SK. Tungku telah diadakan pada 12 Januari 2011 yang bertempat di pusat sumber sekolah.




 Antara guru-guru yang hadir mesyuarat tersebut.
















  Ucapan dari Guru Besar merangkap pengerusi majlis mesyuarat tersebut

Pelbagai topik telah dibincangkan meliputi hal ehwal pentadbiran dan pengurusan sekolah. Mesyuarat berakhir pada 1.20 petang.

Wednesday, January 19, 2011

Penutupan Transisi Tahun 1

Penutupan telah diadakan pada 14 hb Januari 2011 pada hari jumaat. Semua program berjalan lancar dengan persembahan menarik daripada murid-murid tahun satu. Majlis penutupan ini dirasmikan oleh Guru Besar SK. Tungku, En. Ahmad Salehan. Turut hadir Penolong Kanan KoKurikulum, pengerusi PIBG SK. Tungku serta AJK perlaksana program.





Murid-murid mempersembahkan bacaan doa, nyanyian dalam Bahasa Inggeris dan beberapa lagi persembahan yang memberi senyuman kepada para penonton ketika itu.



Persembahan dari murid tahun satu dan ucapan Guru Besar SK. Tungku En. Ahmad Sallehan Bin Arifin.




   YDP PIBG SK. Tungku En. Taib Mayong dan penyelaras Transisi
   En. Hakim sedang menyaksikan persembahan oleh murid tahun satu.

                
                Antara persembahan murid-murid transisi
           tahun 1 pada tahun 2011 yang dikendalikan
           mastermind En. Rizali Ab. Rahim.