Wednesday, September 5, 2012

Majlis Kelas Terbuka Sempena Aidilfitri SK. Tungku

Biarpun bulan syawal sudah pun masuk minggu ke 3, suasana sambutan Hari Raya di SK. Tungku masih meriah apabila beberapa kelas mengadakan majlis kelas terbuka Aidilfitri yang diadakan pada waktu rehat. Jamuan diadakan bersama-sama dengan guru-guru dan staf serta murid-murid kelas tersebut. Pelbagai jenis kuih raya dan makanan dihidangkan. Kuih raya ini dibawa sendiri oleh murid-murid tanda komitmen mereka menjayakan majlis tersebut.







Dua kelas telah mengadakan majlis kelas terbuka yang mana tahun 6 Gemilang memulakan majlis tersebut pada minggu pertama persekolahan selepas cuti raya diikuti oleh kelas tahun 4 Cemerlang. Pengurusan majlis tersebut turut dibantu oleh guru yang berkenaan bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. 









Kedua-dua majlis berlangsung dengan penuh meriah. Syabas kepada murid-murid yang dapat menjayakan aktiviti ini. Semoga ia dapat memberi pengetahuan am yang memberi faedah kepada murid di masa hadapan.


No comments:

Post a Comment