Thursday, March 28, 2013

Mesyuarat penting sepanjang minggu lalu

Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan, mempengerusikan dua mesyuarat besar yang telah diadakan sepanjang minggu lalu bertempat di Pusat Sumber sekolah. Mesyuarat pertama diadakan pada isnin, 18 Mac berkaitan dengan Akaun sekolah manakala mesyuarat kedua diadakan pada 21 Mac, hari khamis yang membincangkan tentang hal-hal Kurikulum sekolah. Mesyuarat Akaun sekolah antaranya membincangkan tentang belanjawan setiap unit dan panitia , peranan setiausaha, dan isu-isu berbangkit yang berkaitan terutamanya melibatkan kewangan sekolah. Mesyuarat ini bermula jam 2 petang dan berakhir hampir jam 4 petang.






Mesyuarat Kurikulum pula membincangkan tentang analisa prestasi pelajar bagi setiap subjek di setiap tahun yang diajar. Subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan juga Pendidikan Islam menjadi tumpuan perbincangan mengenai peratus murid menguasai subjek tersebut dan masalah murid yang gagal menguasai subjek tersebut. Post mortem ujian serta laporan aktiviti panitia juga antara topik yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, namun kelancaran mesyuarat tersebut sedikit terganggu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat ditangguhkan awal sekitar jam 3 lebih dan diteruskan dengan majlis bacaan doa selamat atas pemintaan salah seorang guru untuk keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan keadaan semasa. 






Wednesday, March 20, 2013

Tabung wira Lahad Datu

Bermula 12hb Mac hingga 15 hb Mac, satu kutipan derma ikhlas telah diadakan dikalangan warga SK. Tungku bagi mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada penceroboh di Kg. Tanduao, Lahad Datu. Guru Besar, En. Marjan melantik Ustaz. Awg Rozey sebagai pengurus kutipan derma tersebut semasa perhimpunan isnin lalu.


Respon daripada warga SK. Tungku amat menggalakkan apabila sejumlah RM 746.00 berjaya dikumpulkan hasil punggutan ikhlas selama 4 hari. Kesemua derma ikhlas telah disampaikan oleh Guru Besar SK. Tungku ke Tabung Lahad Datu Media Prima anjuran Tv3. Semoga roh para pewira negara yang gugur dicucuri rahmat. Al Fatihah.


Thursday, March 14, 2013

Sukan MSSDLD 2013

Pada 1 Mac lalu, bermula cabaran SK. Tungku dalam sukan MSSDLD yang diadakan di padang SK. Sepagaya, Lahad Datu. SK. Tungku buat pertama kali menghantar skuad paling ramai iaitu sebanyak 40 lebih peserta yang sebahagiannya terdiri daripada peserta perbarisan. SK. Tungku kali ini menghantar beberapa atlit untuk acara-acara balapan dan lontar peluru. Sebanyak 8 orang guru (termasuk Guru Besar) dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Hasim. Guru Besar SK. Tungku, En Marjan pula merupakan pengelola kejohanan kali ini. Kejohanan bermula sebaik sahaja Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, En. Umin Hj. Sadi tiba sebagai tetamu utama dan perasmi untuk kejohanan kali ini. Majlis dimulakan dengan perarakkan peserta perbarisan dari sekolah-sekolah.











Hanya satu sahaja acara saringan 100 meter sempat diadakan sebelum kejohanan tersebut ditunda atas sebab keselamatan setelah tragedi tembak-menembak di Kg. Tanduao berlaku. Banyak sekolah mula menarik diri dari kejohanan ini yang menyebabkan kejohanan tersebut ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Pasukan SK. Tungku terus pulang menghantar para peserta ke kampung halaman selepas solat jumaat.