Monday, September 24, 2012

Penutupan bulan kemerdekaan SK. Tungku, Lahad Datu

Pada 22hb September lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Penutupan Bulan Kemerdekaan yang berlangsung di dewan serbaguna SK. Tungku. Program di bawah kendalian Unit Kokurikulum sekolah ini bermula lebih kurang jam 7.45 pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan.
Beberapa aktiviti telah diatur bagi memeriahkan lagi suasana sambutan kali ini antaranya tayangan perdana hari kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi beberapa program yang dianjurkan disepanjang bulan kemerdekaan.






















Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang ibu bapa yang datang menyokong penyertaan anak-anak mereka dalam pertandingan yang dilangsungkan. Perjalanan majlis berjalan lancar, semua ajk-ajk program menjalankan tugas dengan baik. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan semoga semua aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan akan dapat menyemai semangat patriotik serta memberi kesedaran betapa pentingnya memahami perjalanan atau rentetan kemerdekaan yang dicapai negara. Majlis berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi. 

Monday, September 17, 2012

PSKPPS Antara Zon Lahad Datu 2012

Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sabah atau lebih dikenali sebagai PSKPPS telah pun bermula dari hari jumaat 14hb September hingga 15hb September 2012. Beberapa sekolah telah menjadi tuan rumah kepada beberapa kejohanan antaranya SMK. Silabukan tuan rumah untuk acara bola sepak, SK. Pekan 1 bagi acara bola tampar, SJK Chee Vun acara badminton dan beberapa acara lain yang terlibat. Sebanyak 9 orang guru-guru dari SK. Tungku terlibat dalam kejohanan kali ini dengan penyertaan dalam beberapa acara utama iaitu badminton, bola tampar dan bola sepak.







Sebanyak 4 zon iaitu Zon Tungku, Zon Silabukan, Zon Segama dan Zon Bandar bertanding bagi merebut tempat mewakili daerah Lahad Datu ke PSKPPS Tenggara yang akan diadakan di Kunak tidak lama lagi. 
Zon Tungku memenangi beberapa acara antaranya bola sepak, bola tampar dan badminton kategori veteran.  Walau bagaimanapun kemenangan bukanlah pengukur kepada kehebatan sesebuah sukan tetapi semangat dan nilai murni yang tinggi ketika bersukan sebenarnya menjadi teras kejayaan kelancaran sukan-sukan yang diadakan. Syabas kepada mereka yang berjaya dan semoga semangat kesukanan tinggi terus diamalkan ketika beraksi di peringkat yang lebih tinggi. 

Tuesday, September 11, 2012

Solat Hajat murid-murid tahun 6 UPSR

Murid-murid tahun 6 telah menunaikan solat hajat pagi tadi di surau SK. Tungku. Solat hajat tersebut diadakan buat kali ketiga  dan merupakan sebahagian daripada program kecemerlangan UPSR sekolah. Ustaz Jam'aus Shahrir menjadi imam kepada murid-murid tersebut yang turut dibimbingi oleh beberapa guru.
Solat hajat ini diadakan pada jam 8 pagi.





Murid-murid kemudian masuk ke dewan peperiksaan untuk taklimat dan amanat terakhir dari guru-guru dan persiapan terakhir sebelum peperiksaan UPSR bermula esok. Para pengawas UPSR yang bertugas di sekolah ini telah pun datang memantau keadaan dewan peperiksaan.

Hari ini juga menyaksikan satu lagi kelas mengadakan majlis kelas terbuka. Kali ini kelas 2 Cemerlang mengadakan kelas terbuka dipimpin oleh guru kelas mereka Ustazah Salwani. Sambutan agak meriah dengan kehadiran Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan guru-guru serta staf SK. Tungku.



Apa pun esok merupakan hari pertama UPSR. Beberapa orang guru SK. Tungku turut terlibat menjadi pengawas UPSR di beberapa sekolah. Apa yang lebih penting ialah murid-murid tahun 6 telah bersedia 100% dan memberi jawapan yang terbaik selama UPSR ini berlangsung. Kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR esok kami ucapkan selamat berjuang dan kami doakan semoga berjaya.

Saturday, September 8, 2012

Latihan bola sepak PSKPPS Zon Tungku

Pasukan bola sepak PSKPPS Zon Tungku telah mengadakan beberapa perlawanan persabahatan sepanjang minggu ini selepas pemilihan diadakan pada 1hb September lalu. Skuad kendalian pengurus pasukan En. Noh membuat beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan dari sekitar Tungku, Tanjung Labian dan Felda. Baru-baru ini pasukan bola sepak PSKPPS Tungku mengadakan perlawanan persahabatan kedua menentang pasukan Dengan FC bertempat di padang SMK. Tungku.

















Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 pasukan bola sepak PSKPPS Zon Tungku ke atas pilihan Dengan FC. Ia merupakan siri latihan pemanasan badan para pemain sebelum kejohanan bermula minggu hadapan. Diharapkan melalui siri perlawanan persahabatan ini para pemain dapat menyesuaikan diri dan meningkatkan persefahaman sesama rakan sepasukan.

Friday, September 7, 2012

Rumah terbuka bekas Guru Besar SK. Tungku

En. Ahmad Salehan, merangkap Guru Besar SK. Telisai dan bekas Guru Besar SK. Tungku telah mengadakan rumah terbuka pada hari selasa lalu, 4hb September 2012. Hampir semua guru-guru dan staf SK. Tungku datang ke rumah terbuka beliau yang terletak berhampiran dengan SK. Sri Darun. Ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh beliau dan mendapat sambutan di luar jangkaan. Rumah beliau dibanjiri tetamu seawal jam 5 petang.

Kebanyakan rakan-rakan dari SK. Tungku datang pada sebelah malam. Turut hadir Guru Besar SK. Tungku iaitu En. Marjan Hj Bahajan yang juga pernah menjadi Guru Besar beliau ketika berkhidmat di SK. Sri Darun bersama-sama dengan Penolong Kanan Kokurikulum SK. Tungku sekarang, En. Abd. Hasim.





Kami hadir sebagai tetamu terakhir beliau dan beliau mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana makanan dan minuman yang dihidangkan mencukupi untuk semua tetamu yang datang. Selamat Hari Raya diucapkan kepada mantan Guru Besar SK. Tungku, En. Ahmad Salehan.