Thursday, March 22, 2012

Perasmian surau SK. Tungku

Pada 8hb Mac yang lalu, majlis perasmian pembukaan surau SK. Tungku telah diadakan. Majlis perasmian dijalankan di surau baru SK. Tungku. Penolong Pegawai Daerah Kecil Lahad Datu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Guru Besar SK. Tungku ketika itu En. Ahmad Sallehan, Ketua kampung Mundas, En. Abd. Wahab, Penolong Kanan Kurikulum, En. Idros, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Hasim, guru-guru J-Qaf dan beberapa guru-guru lain. Majlis perasmian diadakan selepas rehat.










 Majlis seterusnya diteruskan dengan tertamu terhormat Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku mendatangani sijil kenang-kenangan sebagai menandakan sejarah pertama pembukaan surau tersebut. Surau ini akan digunakan oleh panitia Agama Islam bagi memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti terutamanya kem bestari solat. Namun begitu, surau ini bukan lah terhad untuk kegunaan itu sahaja malah ia bakal menjadi tempat untuk guru-guru atau pun murid-murid melakukan solat , tempat mengaji dan perkara-perkara berilmu yang lain. Semoga surau ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

2 comments:

  1. Tahniah di atas terbinanya surau di SK. Tungku..moga syiar Islam akan terus bersinar dan bumi Tungku dapat membangun bersama dengan roh Islam..

    ReplyDelete