Thursday, March 8, 2012

Bola sepak bawah 12 tahun : Perlawanan kedua SK. Tungku lwn SK. Sri Darun

Pada 5hb Mac lalu, pertemuan kedua perlawanan persahabatan dengan SK. Sri Darun telah diadakan di padang Pejabat Daerah Kecil Tungku.  SK. Tungku selaku tuan rumah menerima kunjungan dari pasukan bola sepak SK. Sri Darun yang sampai kira-kira jam 3. 30 petang. Pasukan SK. Sri Darun diiringi oleh Jurulatih En. Mursain @ kin kin, En. Joseph dan Penolong Kanan Kokurikulum  SK. Sri Darun, En Jamanie @ ken. Ini merupakan kunjungan balas sejak perlawanan pertama kedua-dua pasukan pada 2hb Mac lalu.






Perlawanan diadakan dalam keadaan padang yang basah akibat hujan sepanjang hari. Perlawanan dimulakan dengan pasukan SK. Tungku banyak melakukan asakan. Para penyerang SK. Tungku agak sukar mengatur gerak serangan kerana bola sering terperangkap di kawasan padang yang becak serta ditakungi air. Situasi agak cemas pada awal babak permainan apabila penjaga gol gantian, Mohd. Fizan hampir melakukan kesilapan akibat mengambil masa terlalu lama untuk menendang bola sehinggakan penyerang SK. Sri Darun hampir-hampir merampas bola dari kawalan Mohd. Fizan. Permainan pada babak pertama ini banyak berlegar di kawasan SK. Sri Darun namun hanya 2-3 percubaan bahaya dapat dihasilkan. Gol berjaya juga dihasilkan beberapa minit sebelum masa separuh masa pertama tamat menerusi  Aiman Azri hasil pergelutan dihadapan pintu gol SK. Sri Darun.  Kedudukan separuh masa pertama SK. Tungku 1 – 0 SK. Sri Darun.






Pada babak kedua pasukan SK. Tungku bermula lebih baik daripada sebelumnya. Beberapa gerakan serta percubaan-percubaan banyak dihasilkan kerana keadaan padang yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tiga gol berjaya dihasilkan oleh pasukan SK. Tungku bermula dengan jaringan kedua Aiman Azri, Suhaimi dan jaringan jarak jauh oleh kapten pasukan, Abd Rashid. Para pemain SK. Sri Darun cuba memberi saingan kepada pasukan tuan rumah namun keadaan padang yang becak banyak membatasi gerakan mereka. Pelawanan ini turut menarik perhatian para penonton luar yang tertarik dengan aksi lincah pemain no. 13 SK. Sri Darun yang cekap mengawal bola sehingga mendapat jolokan ‘Messi’ SK. Sri Darun. Perlawanan ini turut disaksikan oleh pembantu-pembantu jurulatih En. Mazlan, En. Jam’aus, En, Jabridin, Penolong Kanan Kurikulum SK. Tungku, En. Idros,  Penolong Kanan Kokurikulum SK. Tungku, En. Abd. Hasim dan ibu bapa yang turut memberi sokongan kepada anak-anak mereka.   Keputusan muktamat perlawanan SK. Tungku  4 – 0  SK. Sri Darun.














Kedua-dua pasukan sepatutnya boleh menyajikan satu perlawanan yang menarik sekiranya padang berada dalam keadaan yang baik. Kedua-dua pasukan sering menghadapi kesukaran melakukan gerakan ketika berada dalam kawasan padang yang becak. Walaupun begitu, ia satu pendedahan serta pengalaman yang berguna bagi pemain kedua-dua pasukan kerana selain menendang bola, pemain juga dikerah untuk berfikir bagaimana untuk merancang gerakan  dalam situasi tersebut. Ia juga menguji tahap stamina para pemain kerana tenaga banyak digunakan ketika berada dalam situasi sedemikian. 

Apa-apa pun keputusan di atas padang ianya tidak langsung menganggu ikatan persahabatan yang rapat antara guru-guru kedua-dua sekolah. Perbincangan serta gelak ketawa antara guru-guru selepas perlawanan menunjukkan sikap professionalisma sentiasa diamalkan .  Kepuasan bermain juga terpancar pada wajah  pemain-pemain kedua-dua pasukan baik tuan rumah mahupun pasukan SK. Sri Darun. Diharap perlawanan-perlawanan seperti ini akan dapat meningkatkan mutu bola sepak di daerah ini selain dapat mewujudkan pelapis-pelapis untuk kejohanan pada tahun-tahun akan datang.


5 comments:

  1. nampaknya usaha menganjurkan perlawanan di gelanggang 'play station ' berjaya diterjemahkan dlm perlawanan sebenar...tahniah..semoga kejayaan demi kejayaan akan dikecapi..

    ReplyDelete
  2. Ahahaha iya der.. dari simulasi ke realiti

    ReplyDelete
  3. Berguru di Alam maya
    di Tafsir ke duania realiti..
    esk....eskk....syahdu

    ReplyDelete
  4. Macam dalam iklan FAB kan...???

    ReplyDelete