Monday, June 25, 2012

Mesyuarat Disiplin kali ke 2

Mesyuarat Disiplin kali ke-2 telah diadakan bagi tahun 2012 ini bertempat di Pusat Sumber sekolah pada hari khamis lepas, 26 hb Jun 2012. Mesyuarat yang bermula lebih kurang jam 12.30 tengah hari itu dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Umai Kalsum. Mesyuarat membincangkan tentang hal-hal yang berbangkit pada minit mesyuarat lepas, kehadiran perhimpunan, permasalahan murid-murid dalam kelas, kelas streaming, dan hal-hal lain yang berkaitan.






Guru kaunseling SK. Tungku, En. Abd. Hakim turut memberi ucapan dengan menjelaskan aktiviti-aktiviti di bawah Kaunseling dan menjelaskan maklumat terkini berkaitan prosedur berjumpa dengan murid-murid mengikut ISO yang ditetapkan dan turut menyentuh tentang Buku Rekod Kemajuan Murid dan Kad 001R yang perlu sentiasa dikemaskini dan diletakkan di bawah seliaan beliau.



Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Bin Hj. Bahajan turut memberi ucapan dengan menjelaskan tentang "reshuffle" yang nyata menarik perhatian guru-guru dalam mesyuarat tersebut. Beberapa guru turut membangkitkan beberapa persoalan tentang masalah kelas dan hal-hal yang berkaitan dan mendapat respon yang positif daripada rakan-rakan lain. Diharap hasil dari mesyuarat ini akan digunakan sebaiknya untuk kebaikan warga SK. Tungku secara keseluruhannya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

No comments:

Post a Comment