Thursday, October 3, 2013

Aktiviti sepanjang tahun : Pemenang Fantasi Premier League bulan ogos dan september 2013

Pertandingan mengurus pasukan bola sepak dalam talian atau dikenali sebagai Fantasy Premier League telah diadakan untuk tahun ke 7. Aktiviti riadah luar waktu persekolahan ini yang telah  diadakan sejak 2007 itu pada mulanya hanya disertai oleh 3 pemain dikalangan staf sekolah secara berasingan. Pada tahun berikutnya, pertandingan secara liga dikalangan rakan staf mula diperkenalkan dengan penyertaan beberapa pasukan dari kalangan staf dan rakan-rakan terdekat. Permainan secara liga ini mula mendapat penyertaan lebih ramai pemain-pemain bermula tahun 2012. Sebanyak 3 liga dipertandingkan iaitu pertandingan secara liga (Tungku Manager) dan secara Head to Head (Jangkar Liga & Tungku Liga). Pertandingan untuk edisi tahun 2013 ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang mata tertinggi setiap bulan yang dikira secara liga melalui Tungku Manager. Pemenang pertama untuk bulan ogos telah dimenangi oleh pasukan Ecam Fc di bawah kendalian En Mazlan dan bulan september dimenangi oleh pasukan arsenalshahdking.




Hadiah disampaikan oleh Admin pertandingan En. Noradieh. Pertandingan ini akan berterusan hingga bulan Mei tahun depan yang mana keputusan setiap perlawanan adalah berdasarkan perlawanan sebenar pasukan-pasukan dalam liga perdana Inggeris sesi 2013/2014. Pertandingan kali ini mendapat sambutan hangat dari kalangan staf sekolah dan rakan-rakan serta pemain jemputan dari luar. Selain dapat merapatkan hubungan persahabatan sesama staf dan masyarakat sekeliling melalui permainan ini, ianya secara tidak langsung dapat mengembangkan pengetahuan terkini mengenai sukan terutamanya bola sepak dan mewujudkan golongan celik IT dan internet bersama rakan-rakan yang mewakili masyarakat sekeliling. Hadiah untuk bulan oktober sedia menanti untuk dimenangi oleh para pasukan yang bertanding. Semoga berjaya diucapkan. 



Berikut merupakan keputusan kemenangan pasukan-pasukan yang bertanding mengikut bulan dan secara keseluruhan. Hadiah pertandingan disumbang oleh En. Ag Rozey selaku pengasas Liga Tungku Manager. Pertandingan ini boleh dilayari di Fantasypremierleague.com. Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh lah menghubungi admin serta para pemain yang terlibat untuk maklumat lanjut. 




No comments:

Post a Comment