Tuesday, October 1, 2013

Aktiviti Sepanjang tahun : Menghias blok sekolah dan di belakang tabir persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah

Pada 6 hb September lalu, persiapan bagi program Sambutan Hari Kemerdekaan giat dijalankan. Ahli Jawatankuasa pentas sibuk menyiapkan pentas yang akan digunakan bagi persembahan esok ( 7 hb September ). Walaupun kesemua AJK kelihatan sibuk dengan tugas masing-masing namun ia tidaklah menghalang guru-guru dan staf bersantai seketika dengan bermain ping-pong.




Pemainan ping-pong merupakan antara permainan yang sering dimainkan guru-guru dan rakan-rakan selain bola tampar. Selain melakukan persiapan sambutan dan bermain ping-pong, aktiviti menceriakan blok juga sedang dijalankan. Bahagian atap bangunan blok tahun 2 telah dihiasi dengan perkataan "GURU MENGAJAR MURID BELAJAR". Proses mengecat tulisan tersebut dilakukan oleh beberapa rakan-rakan yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini. Selain daripada melukis perkataan tersebut, beberapa bahagian terutamanya bahagian atap lorong kaki lima sekolah juga dihiasi dengan nama sekolah dan bendera negara dan negeri.




Kerjasama yang terjalin antara guru-guru dengan staf lain seperti staf kebersihan dan keselamatan nyata menyenangkan sesuatu proses dilaksanakan dengan baik. Hubungan ini bukanlah disandarkan atas nama kerja semata-mata tetapi lebih kepada nilai persahabatan yang sudah sedia wujud dikalangan warga sekolah. Selain itu, komitmen bekas pelajar sekolah ini yang turut serta mencantikkan pemandangan sekolah juga amat dipuji dan diharap kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment