Sunday, September 22, 2013

Aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun 2013 bahagian 1 : Solat Hajat UPSR dan English Day

        Beberapa aktiviti besar telah berjaya dilaksanakan sejak suasana cemas pada bulan Mac lalu. Aktiviti dalaman mula aktif secara berperingkat-peringkat selepas keyakinan terhadap tahap keselamatan semakin meningkat berbanding sebelumnya. Pada bulan Julai lalu iaitu pada 18/07/2013, satu aktiviti solat hajat khas untuk murid-murid tahun enam yang bakal menghadapi UPSR diadakan bertempat di Surau SK. Tungku. Majlis yang diadakan pada bulan puasa itu diadakan serentak dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai dengan hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan keluarga terdekat murid-murid. Para hadirin telah berkumpul seawal jam 5.30 petang. Selepas majlis berbuka, para hadirin menunaikan solat magrib. Ustaz Fathoni mengetuai majlis membaca surah Yassin dan solat hajat. Majlis diteruskan dengan solat isya dan tazkirah oleh Ustaz Jama`us sebelum solat tarawih bersama ibu bapa diadakan. Majlis bersurai sekitar jam 9 malam. 












        SK. Tungku telah melaksanakan aktiviti English Day bertepatan dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris  yang menjadikan hari selasa sebagai English Day di  sekolah. Aktiviti diadakan di bawah kelolaan Panitia Bahasa Inggeris yang mengatur aktiviti pada setiap selasa bermula bulan ogos. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti reading, poem, word of the day dan lain-lain. Turut menjayakan aktiviti tersebut ialah semua staf sekolah apabila mereka juga diwajibkan bertutur dalam Bahasa Inggeris sepanjang hari tersebut. 







No comments:

Post a Comment