Saturday, July 30, 2011

Aktiviti di sepanjang bulan Julai 2011

Beberapa aktiviti atau program telah dijalankan di sepanjang bulan Julai ini. Kebanyakkan  program ini melibatkan aktiviti murid-murid dan ada juga melibatkan guru-guru bersama kaum keluarga. Beberapa program formal dan tidak formal ini berjaya dilaksanakan dan perlu diselesaikan sebelum bulan ramadhan minggu depan.
Antara program atau aktiviti yang dijalankan ialah perjumpaan atau taklimat mengenai Program pemantauan sistem fail sekolah yang akan diadakan pada 27hb Julai jam 11 pagi. Beberapa siri taklimat telah diadakan dibawah kendalian En. Jabridin bagi memastikan segala persiapan serta maklumat jelas disampaikan kepada guru-guru. Perbincangan mengenai penetapan Misi dan Visi sekolah juga dibincangkan untuk memantapkan lagi persiapan sebelum hari pemantauan.





Beberapa org guru juga telah mengadakan majlis tahlil bertempat di pusat sumber sekolah. Dimulakan dengan   Penolong Kanan HEM, Puan Umai Kalsum seterusnya diikuti oleh En.Jabridin bersama keluarga dan akhir sekali En. Rizali dan Isteri. Majlis bacaan tahlil diadakan pada akhir sesi persekolahan.









Bagi menghilangkan rasa mengantuk murid-murid dan memeriahkan lagi suasana sesuatu pembelajaran, kegiatan luar diadakan bagi mengatasi masalah tersebut. Beberapa aktiviti yang dibuat berdasarkan p&p sesuatu subjek nyata menyegarkan semula minda murid-murid yang bukan sahaja seronok tetapi juga belajar sesuatu melalui aktiviti tersebut. Sebagai contoh, kegiatan membuat layang-layang nyata memberi satu pengalaman berguna kepada murid-murid dari segi cara menbuat serta praktikal menerbangkannya.



Selain aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, pihak ekolah juga baru-baru ini telah menganjurkan program bengkel menjawab soalan khas untuk murid-murid tahun 6. Beberapa penceramah jemputan telah datang memberikan tips-tips berguna kepada murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada bulan september nanti. Penceramah didatangkan khas dari SK. Sahabat 4, SK. Sri Darun, SK. Telisai dan SK. Anjung Teduh diharap memberi pandangan atau idea serta semangat baru untuk murid-murid menghadapi peperiksaan.















Ada beberapa minggu saja lagi sebelum peperiksaan UPSR berlangsung. Diharap segala persiapan yang dilakukan sepanjang bulan Julai ini akan menjadi panduan yang berguna bagi murid-murid terutamanya tahun 6 mempersiapkan diri pada bulan ramadhan ini.


No comments:

Post a Comment