Wednesday, May 4, 2011

Taklimat Bengkel Motivasi, Taklimat Pengurusan Kualiti & Perjumpaan Ketua-ketua Panitia Subjek

Beberapa pejumpaan dan taklimat penting diadakan sejak minggu lepas hinggalah ke hari ini. Dimulakan dengan Taklimat Bengkel Motivasi yang diadakan pada hari khamis 28hb April 2011 yang antaranya membincangkan tentang AJK  perlaksanaan Kursus Motivasi Keibubapaan dan Kecemerlangan Murid, pembahagian tugas-tugas serta penetapan penceramah-penceramah yang akan dijemput untuk memberi ceramah pada kursus tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Umai Kalsum Binti Abdullah.




Pada keesokan harinya pula Taklimat Pengurusan Kualiti diadakan bertempat di Pusat Sumber sekolah. Taklimat yang diadakan pada 29hb April ini ditaklimatkan oleh En. Jabridin bin Yusof. Taklimat berkisar tentang  standard sistem pengurusan fail terutamanya penggunaan nombor-nombor fail pada setiap panitia mahupun unit dalam pentadbiran yang mesti digunapakai oleh semua sekolah di negeri ini. Maklumat ini penting disampaikan kerana sekolah ini akan dilawati oleh pegawai audit dalaman dan luar. 







Pada pagi tadi berlangsungnya perjumpaan ketua-ketua panitia subjek yang berlangsung di Pusat sumber sekolah. Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum En. Idros A. Kampak membincangkan tentang sistem fail bagi setiap unit di bawah Kurikulum. Ini sebagai kesinambungan kepada taklimat yang diadakan pada 29hb April lalu dan sebagai persediaan awal sebelum lawatan dari pegawai audit.





Kesemua mesyuarat diadakan di pusat sumber sekolah.

No comments:

Post a Comment