Saturday, April 27, 2013

Lawatan dan Pemantauan Guru-guru Besar Daerah Lahad Datu ke SK. Tungku

SK. Tungku telah menjadi tuan rumah kepada lebih 40 pelawat yang terdiri daripada Pegawai Pelajaran Daerah, Guru-guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran pada 23 hb April (selasa) lalu. Guru Besar SK. Pekan 1 En. Salleh Yangkok dan Guru Besar SK. Sahabat 4, En. Ishak Kampak merupakan antara Guru-guru Besar yang hadir seawal jam 6 pagi. En. Salleh Yangkok yang kini merupakan Guru Besar SK. Pekan 1, merupakan bekas staf SK. Tungku dan merupakan salah seorang daripada 17 orang Guru Besar yang pernah mentadbir sekolah ini.

Majlis dimulakan lebih kurang jam 8.30 pagi setelah semua tetamu hadir berkumpul di bangunan Makmal Sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara program, En Erwin dan diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Jamaus dan ucapan dari Pegawai Pelajaran Lahad Datu, En. Hj. Nasil. Guru Besar SK. Tungku, En Marjan  kemudian memberi ucapan seterusnya sambil memperkenalkan sedikit latar belakang sekolah melalui tayangan slide.






Selepas ucapan dan pembentangan dari Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan mengenai sedikit maklumat latar belakang sekolah, En. Suhaimi yang juga merupakan pengerusi bagi penyelaras bagi program pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran memberi sedikit taklimat mengenai pemantauan yang akan diadakan. Guru-guru Besar dan Penolong Kanan terbahagi kepada beberapa kumpulan dan mula memantau proses pengajaran dan pembelajaran bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi. Antara subjek yang menjadi tumpuan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan beberapa subjek elektif. 
Selepas pemantauan dijalankan, bekas Pegawai Pelajaran Daerah yang juga merupakan Guru Besar SK. Terusan, Hj. Abdul turut meluangkan masa menayangkan beberapa gambar keadaan di tempat pencerobohan iaitu di Tanjung Labian kepada para tetamu ketika jamuan. Beberapa gambar tersebut diambil ketika lawatan beliau melihat keadaan keluarga di sana. 




Majlis diteruskan dengan laporan pemantauan oleh Guru-guru Besar. Beberapa guru yang dicerap Pn, Rusiatina (matematik), En. Noor Azmi (Sains), Pn. Ruswin (Bahasa Inggeris), En Rizwan (Pendidikan Seni) dan En. Eransha (Bahasa Melayu). Guru-Guru Besar memberi ulasan mengenai hasil pemantauan yang mereka lakukan dan mendapat respon yang positif daripada guru-guru yang terlibat. Menurut Hj. Nasil, SK. Tungku merupakan sekolah kedua selepas salah satu sekolah menengah yang menjadi antara perintis program pemantauan tersebut. Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Lahad Datu, En. Gimson juga memberi sedikit ucapan pada bahagian terakhir lawatan tersebut. Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi.








No comments:

Post a Comment