Thursday, March 28, 2013

Mesyuarat penting sepanjang minggu lalu

Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan, mempengerusikan dua mesyuarat besar yang telah diadakan sepanjang minggu lalu bertempat di Pusat Sumber sekolah. Mesyuarat pertama diadakan pada isnin, 18 Mac berkaitan dengan Akaun sekolah manakala mesyuarat kedua diadakan pada 21 Mac, hari khamis yang membincangkan tentang hal-hal Kurikulum sekolah. Mesyuarat Akaun sekolah antaranya membincangkan tentang belanjawan setiap unit dan panitia , peranan setiausaha, dan isu-isu berbangkit yang berkaitan terutamanya melibatkan kewangan sekolah. Mesyuarat ini bermula jam 2 petang dan berakhir hampir jam 4 petang.






Mesyuarat Kurikulum pula membincangkan tentang analisa prestasi pelajar bagi setiap subjek di setiap tahun yang diajar. Subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan juga Pendidikan Islam menjadi tumpuan perbincangan mengenai peratus murid menguasai subjek tersebut dan masalah murid yang gagal menguasai subjek tersebut. Post mortem ujian serta laporan aktiviti panitia juga antara topik yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, namun kelancaran mesyuarat tersebut sedikit terganggu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat ditangguhkan awal sekitar jam 3 lebih dan diteruskan dengan majlis bacaan doa selamat atas pemintaan salah seorang guru untuk keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan keadaan semasa. 






No comments:

Post a Comment