Friday, February 15, 2013

Patah tumbuh, hilang berganti 2013

Setiap yang kosong akan diisi, yang kurang ditambahi dan yang lompang ditutupi. Begitu lah perumpamaan yang dapat digambarkan kepada staf yang berpindah dari sekolah lama ke sekolah baru. Tidak semua guru-guru yang berkhidmat di sesebuah sekolah akan kekal hingga lah ke akhir karier kerana lumrah alam pekerjaan seperti guru untuk menimba dan mencurahkan ilmu di tempat baru, mencari suasana serta cabaran baru, meneroka tahap baru dalam bidang perguruan dan lain-lain. Hidup sebagai seorang pendidik akan tetap diteruskan walau di mana pun mereka ditempatkan. Bagi sekolah khasnya SK. Tungku, perpindahan dua orang guru berdedikasi dan yang telah banyak berjasa kepada sekolah iaitu En. Abdul Hakim dan Pn. Hjh. Noor Kartini sememangnya dirasai oleh semua warga sekolah. Namun kekosongan mereka telah diisi oleh dua lagi tenaga baru yang bakal membawa sekolah menghadapi cabaran pada masa-masa mendatang.

En. Abdul Hakim bin Abd. Rajak merupakan seorang salah seorang staf SK. Tungku yang dikenali sebagai seorang pengacara yang mahir mengendalikan majlis atau program di peringkat sekolah mahupun zon. Beliau  mula berkhidmat dari tahun 1999 hinggalah 2012. Dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah, beliau bertanggungjawab dalam merangka program motivasi untuk peningkatan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum sekolah. Beliau juga aktif dalam memberi latihan kepada guru-guru terutama dalam subjek matematik di peringkat daerah kerana beliau merupakan salah seorang Jurulatih Utama Matematik Negeri Sabah. Beliau telah berpindah ke SK. Pekan 1, Lahad Datu berkuatkuasa 2013 mengakhiri 14 tahun khidmat beliau di SK. Tungku.






Permulaan tahun 2013 ini juga menyaksikan staf SK. Tungku mengucapkan selamat berjaya kepada salah seorang guru yang berdedikasi di sekolah ini iaitu Hjh. Noor Kartini bt Kassim yang berpindah ke sekolah barunya SK. Ulu Sipitang. Memulakan tugas di sekolah ini sejak tahun 2010, beliau memberi sepenuh komitmen dalam setiap tugas serta jawatan yang diberi. Pandangan serta idea beliau sentiasa diberi perhatian dalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Meski pun terpaksa berjauhan dengan anak dan keluarga tersayang di sepanjang perhidmatan beliau di sini, ianya tidak menghalang beliau daripada memberi khidmat didik dan ajar kepada murid-murid di sekolah. Jasa yang beliau berikan akan sentiasa dikenang oleh semua warga SK. Tungku.




Kekosongan beliau diganti oleh dua orang guru iaitu pertama guru berpengalaman dari sekolah di Pulau Pinang iaitu En. Rizwan b. Hj. Dahlan. Beliau merupakan anak kelahiran sekolah ini yang lama berkhidmat di semenanjung selepas tamat melanjutkan pelajaran salah satu pusat pengajian tinggi awam di sana. Pengalaman berkerja selama 5 tahun di sekolah lama, beliau banyak melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan peringkat negeri dan kebangsaan ( MSSM bola baling), menjadi Jurulatih Utama PROTIM Kebangsaan dan mempunyai pengalaman menjadi Guru ICT selama beberapa tahun.


Kedua ialah Ustaz Abdul Muhaimin, seorang guru muda j-QAF yang berasal dari Terengganu dan masih berada dalam latihan praktikal di bawah Institut Perguruan Kent.


Dengan tenaga baru dan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua guru ini diharap SK. Tungku akan terus berjaya  menempuh segala cabaran di masa hadapan. Kepada En Abd. Hakim dan Pn. Noor Kartini diucapkan semoga terus berjaya di sekolah baru.

No comments:

Post a Comment