Friday, January 20, 2012

Misi Kecemerlangan Sukan dan Kurikulum bermula

Pada isnin lalu iaitu 16hb Januari , telah diadakan taklimat bagi persediaan para atlit sekolah untuk mewakili sekolah dalam kejohanan MSSDLD yang akan berlangsung tidak lama lagi. Satu ahli jawatan kuasa telah dibentuk bagi memastikan para atlit mendapat perhatian serta latihan secukupnya. Jadual latihan telah dibincangkan dan diedarkan kepada guru-guru yang terlibat. Turut dibincangkan ialah pakaian semasa atlit berlatih, pemanasan badan serta pembahagian tugas melatih. Taklimat yang dipengerusikan oleh En. Jabridin bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10.40 pagi. Taklimat tentang gerko serta pembahagian ahli dikalangan murid-murid juga menjadi salah satu agenda perhimpunan pada pagi isnin. Pengumuman dibuat oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Abd. Hasim dan dibantu oleh penyelaras ustaz Jam’aus.







Latihan sukan telah pun bermula minggu ini. Barisan atlit yang dipilih ialah murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan tahunan serta barisan pelapis yang dibentuk tahun lalu. Latihan dilakukan 5 hari seminggu dengan diperhatikan dan diawasi oleh guru-guru bertugas pada hari tersebut. Skuad bola sepak sekolah juga memulakan sesi latihan intensifnya minggu ini yang mana proses memilih 18 pemain terbaik sedang berlangsung. 









Aktiviti kokurikulum juga berlangsung minggu ini. Walau pun begitu, perancangan setiap unit terutama kelab/ persatuan serta unit beruniform untuk memilih AJK baru tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana cuaca yang kurang mengizinkan  pada tengah hari. Hanya permainan sahaja yang sempat memilih AJK baru sesi 2012.






Mesyuarat Kurikulum juga telah berlangsung minggu ini bertempat di bilik guru SK. Tungku. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan kurikulum, En. Idros A. Kampak  diadakan pada rabu lalu (18hb Januari 2012). Antara perkara penting yang dibicangkan dalam mesyuarat tersebut ialah berkaitan dengan jadual mata pelajaran, mesyuarat panitia-panitia mata pelajaran, KSSR dan hal-hal berkaitan akademik sekolah.





No comments:

Post a Comment