Tidak banyak yang dilakukan pada hujung minggu lalu. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah atau pun di kawasan sekolah. Walaupun begitu, kami tidak pula menolak pelawaan kawan-kawan untuk datang ke rumah atau ke kebun untuk mengambil durian. Itu la yang dilakukan baru-baru ini apabila kami pergi ke kebun keluarga salah satu staf yang bertugas di sekolah iaitu En. Rizali atau panggilan mesranya Jali. Kami pergi ke kebun durian milik keluarga beliau seawal jam 7 pagi. Kami bernasib baik kerana dapat membawa balik tiga biji durian selain makan beberapa lagi ketika berada di kebun tersebut.
Pada hujung minggu sebelumnya pula kami telah melawat rumah salah seorang kenalan rapat yang juga bekerja sebagai security guard di sekolah. Beliau yang mempunyai kelapangan masa menjemput kami datang ke rumah barunya di projek perumahan PPRT yang terletak kira-kira 5 kilometer dari sekolah. Biarpun kunjungan ini agak singkat tapi ianya telah mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan selain menarik perhatian kami kerana suasana kawasan perumahan tersebut agak tenang dan susunan serta kemudahan yang agak lengkap di kawasan tersebut.
Kawasan sekolah juga tidak sunyi pada hari sabtu dan ahad apabila latihan Taekwando diadakan pada setiap pagi di hujung minggu. Latihan yang bermula jam 7. 30 pagi dikendalikan oleh Master trainer iaitu En. Ravi yang juga merangkap Inspektor di Balai Polis Tungku. Latihan ini mendapat sambutan lebih 30 orang murid yang kebanyakkannya dari SK. Tungku dan dan beberapa lagi dari SMK Tungku.
Bangunan surau sekolah juga hampir siap. Cuma tinggal beberapa kerja lagi sebelum ianya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Tadi kerja-kerja pendawaian sedang dilakukan selain persediaan proses terakhir penyiapan surau tersebut. Makmal sekolah juga hampir siap. Cuma yang dinantikan ialah peralatan-peralatan seperti meja dan bangku serta pemasangan kelengkapan lain dalam makmal tersebut.
No comments:
Post a Comment