Tuesday, January 31, 2012

Sesi latihan skuad bola sepak sekolah

Sesi latihan bola sepak disambung minggu ini selepas seminggu bercuti sempena sambutan Tahun baru Cina. Skuad kendalian jurulatih Awang Rozey berlatih setiap petang bagi memperkemaskan pasukan dari aspek teknikal, kecergasan, penyudah serta strategi permainan.

Latihan diadakan di padang daerah kecil Tungku yang terletak berhampiran dengan sekolah. Skuad yang kebanyakkannya pernah menyertai Kem Bola Sepak Pribumi anjuran Pejabat Belia dan Sukan Tawau tahun lalu ini bakal menghadapi tugas mencabar berhadapan pasukan berpengalaman dari sekolah lain. Walaupun begitu, semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain semasa latihan pasti menjanjikan saingan kepada setiap pasukan yang dihadapi. Masa pertandingan peringkat zon semakin hampir. Setiap masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bagi persiapan akhir pasukan menjelang pertandingan tersebut.







Pada waktu cuti lalu, salah seorang kakitangan SK. Tungku telah kehilangan ahli keluarga yang dikasihi apabila  ibunya telah kembali ke rahmatullah. Kami staf SK. Tungku mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al Fatihah.

Friday, January 20, 2012

Misi Kecemerlangan Sukan dan Kurikulum bermula

Pada isnin lalu iaitu 16hb Januari , telah diadakan taklimat bagi persediaan para atlit sekolah untuk mewakili sekolah dalam kejohanan MSSDLD yang akan berlangsung tidak lama lagi. Satu ahli jawatan kuasa telah dibentuk bagi memastikan para atlit mendapat perhatian serta latihan secukupnya. Jadual latihan telah dibincangkan dan diedarkan kepada guru-guru yang terlibat. Turut dibincangkan ialah pakaian semasa atlit berlatih, pemanasan badan serta pembahagian tugas melatih. Taklimat yang dipengerusikan oleh En. Jabridin bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10.40 pagi. Taklimat tentang gerko serta pembahagian ahli dikalangan murid-murid juga menjadi salah satu agenda perhimpunan pada pagi isnin. Pengumuman dibuat oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Abd. Hasim dan dibantu oleh penyelaras ustaz Jam’aus.







Latihan sukan telah pun bermula minggu ini. Barisan atlit yang dipilih ialah murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan tahunan serta barisan pelapis yang dibentuk tahun lalu. Latihan dilakukan 5 hari seminggu dengan diperhatikan dan diawasi oleh guru-guru bertugas pada hari tersebut. Skuad bola sepak sekolah juga memulakan sesi latihan intensifnya minggu ini yang mana proses memilih 18 pemain terbaik sedang berlangsung. 









Aktiviti kokurikulum juga berlangsung minggu ini. Walau pun begitu, perancangan setiap unit terutama kelab/ persatuan serta unit beruniform untuk memilih AJK baru tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana cuaca yang kurang mengizinkan  pada tengah hari. Hanya permainan sahaja yang sempat memilih AJK baru sesi 2012.






Mesyuarat Kurikulum juga telah berlangsung minggu ini bertempat di bilik guru SK. Tungku. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan kurikulum, En. Idros A. Kampak  diadakan pada rabu lalu (18hb Januari 2012). Antara perkara penting yang dibicangkan dalam mesyuarat tersebut ialah berkaitan dengan jadual mata pelajaran, mesyuarat panitia-panitia mata pelajaran, KSSR dan hal-hal berkaitan akademik sekolah.





Monday, January 16, 2012

Kegiatan di hujung minggu: Durian, lawatan, Taekwando dan bangunan sekolah

Tidak banyak yang dilakukan pada hujung minggu lalu. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah atau pun di kawasan sekolah. Walaupun begitu, kami tidak pula menolak pelawaan kawan-kawan untuk datang ke rumah atau ke kebun untuk mengambil durian. Itu la yang dilakukan baru-baru ini apabila kami pergi ke kebun keluarga salah satu staf yang bertugas di sekolah iaitu En. Rizali atau panggilan mesranya Jali. Kami pergi ke kebun durian milik keluarga beliau seawal jam 7 pagi. Kami bernasib baik kerana dapat membawa balik tiga biji durian selain makan beberapa lagi ketika berada di kebun tersebut.





Pada hujung minggu sebelumnya pula kami telah melawat rumah salah seorang kenalan rapat yang juga bekerja sebagai security guard di sekolah. Beliau yang mempunyai kelapangan masa menjemput kami datang ke rumah barunya di projek perumahan PPRT yang terletak kira-kira 5 kilometer dari sekolah.  Biarpun kunjungan ini agak singkat tapi ianya telah  mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan selain menarik perhatian kami kerana suasana kawasan perumahan tersebut agak tenang dan susunan serta kemudahan yang agak lengkap di kawasan tersebut.






Kawasan sekolah juga tidak sunyi pada hari sabtu dan ahad apabila latihan Taekwando diadakan pada setiap pagi di hujung minggu. Latihan yang bermula jam 7. 30 pagi dikendalikan oleh Master trainer iaitu En. Ravi yang juga merangkap Inspektor di Balai Polis Tungku.  Latihan ini mendapat sambutan lebih 30 orang murid yang kebanyakkannya dari SK. Tungku dan dan beberapa  lagi dari SMK Tungku.








Bangunan surau sekolah juga hampir siap. Cuma tinggal beberapa kerja lagi sebelum ianya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Tadi kerja-kerja pendawaian sedang dilakukan selain persediaan proses terakhir penyiapan surau tersebut. Makmal sekolah juga hampir siap. Cuma yang dinantikan ialah peralatan-peralatan seperti meja dan bangku serta pemasangan kelengkapan lain dalam makmal tersebut.





Friday, January 13, 2012

Mesyuarat HEM kali pertama sesi 2012 dan Taklimat Kecemerlangan UPSR SK. Tungku

Pada 12hb lalu, mesyuarat HEM telah diadakan bagi membincangkan perancangan Unit HEM bagi sesi 2012. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru-guru itu dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Umai Kalsum. Pelbagai topic diperbincangkan antaranya pengesahan minit mesyuarat lalu, hal-hal berkaitan RMT, pengurusan fail-fail kelas dan unit di bawah HEM, pengurusan kelas, pendaftaran murid, hal-hal berkaitan SMM serta hal-hal berkaitan sekolah. Mesyuarat bermula jam 12 tengah hari dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.







Pada keesokan harinya pula, Taklimat Kecemerlangan UPSR diadakan. Taklimat diadakan bagi tujuan membincangkan perancangan membentuk kecemerlangan dalam akademik secara keseluruhan terutamanya tahap dua (4,5 dan 6) dan persediaan untuk UPSR. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Jabridin turut menyentuh perlaksanaan latih tubi yang dijadualkan bermula pada minggu depan. Subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan matematik akan menggunakan soalan standard UPSR manakala Sains menggunakan soalan secara topikal. Turut dibincangkan analisa mata pelajaran serta kaedah-kaedah lain yang boleh meningkatkan motivasi murid untuk bersaing mendapatkan keputusan cemerlang. Taklimat dihadiri oleh guru-guru mata pelajaran teras tahun 6, ketua-ketua panitia subjek teras, Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Besar.