Selain berehat dari kesibukan waktu kerja di waktu pagi, sebahagian guru-guru meluahkan masa di waktu petang dengan bermain bola tampar di gelanggang bola tampar Klinik Kesihatan Tungku. Aktiviti ini dilakukan sekali sekala sekiranya ada masa terluang dikalangan guru-guru. Perlawanan diadakan secara "mix" iaitu bercampur dengan kakitangan klinik kesihatan dan juga masyarakat yang tinggal berhampiran.
Semoga perlawanan seperti ini akan dapat mengeratkan lagi persahabatan dan hubungan di antara kakitangan klinik kesihatan, guru-guru dan masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment