Mesyuarat Disiplin Sekolah telah diadakan tengah hari kemarin. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang hal-hal disiplin sekolah, ketetapan-ketetapan baru dan hal-hal berkaitan kelas dan murid-murid. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM Hjh. Pn. Umai Kalsum Bt Abdullah dihadiri oleh semua guru yang berkumpul di Pusat Sumber Sekolah.
Respon yang positif serta pandangan dari guru-guru menghiasi perjalanan mesyuarat dan ianya merupakan petanda yang baik dari guru-guru bagi memastikan mutu disiplin di sekolah sentiasa di jaga. Puan Umai juga sentiasa menasihati guru-guru agar sentiasa berubah ke arah yang lebih baik agar menjadi teladan yang bermakna untuk murid-murid. Sepotong kata dari Hjh Pn. Umai "Change is not difficult but not change is disaster (malapetaka)" menjadi penutup dan menangguhkan mesyuarat pada kali ini.. Renung-renungkan lah..
No comments:
Post a Comment