Wednesday, February 15, 2012

Sukan Tara dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah

Pada 8 hb Febuari yang lalu sukan tara peringkat sekolah telah dilangsungkan bertempat di perkarangan sekolah dan Padang Daerah Kecil Tungku. Murid-murid berkumpul di perkarangan sekolah sekitar jam 1.45 petang mengikut rumah sukan masing-masing. Acara mula berlangsung jam 2 petang.

Hanya tiga acara dipertandingkan untuk sukan tara kali ini iaitu lontar peluru lelaki dan perempuan, lompat jauh lelaki dan perempuan dan lari 100 meter lelaki dan perempuan. Acara lontar peluru dan lompat jauh diadakan di kawasan sekolah manakala acara pecut 100 meter dilangsungkan di Padang Daerah Kecil Tungku. Setiap rumah sukan menghantar 10 peserta untuk lompat jauh , lontar peluru dan 8 peserta untuk lari 100 meter lelaki dan perempuan. 






Walaupun cuaca mendung dan hujan sekali sekala acara tetap diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan. Acara lari 100 meter memulakan sesi pada petang tersebut dengan acara saringan bagi mencari 8 peserta terakhir bagi bahagian lelaki dan perempuan. Ini diikuti oleh acara lompat jauh akhir bagi lelaki dan perempuan yang diadakan serentak dengan acara lontar peluru.















Pengadil setiap acara terdiri daripada guru-guru yang diberikan tugas bagi mengadili acara-acara yang berlangsung. Acara lari 100 meter menjadi acara penutup pada petang tersebut sebelum penyampaian hadiah dijalankan. Hujan turun ketika upacara penyampaian hadiah dijalankan. Namun kecepatan dan pengurusan yang baik membolehkan upacara penyampaian hadiah dijalankan tanpa ada sebarang penangguhan.  Sebanyak 10 peserta menerima hadiah berupa pingat yang mana tempat pertama, kedua dan ketiga memberi  punggutan markah yang tinggi kepada rumah sukan yang bertanding. Upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdul Hasim dan Guru Besar SK. Tungku En. Ahmad Sallehan.  Syabas kepada rumah sukan yang menang.







Aksi beberapa orang guru mencuba nasib bertanding melontar peluru juga menarik perhatian pada hari tersebut.




Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berjaya dlaksanakan pada sabtu 11 hb Febuari. Majlis yang berlangsung di dewan serbaguna SK. Tungku itu dihadiri  ramai murid-murid dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6. Segala persiapan telah pun diatur dengan rapi bagi menjayakan majlis ini. Persiapan dewan telah bermula sejak jumaat dengan menampilkan satu kelainan bagi para penonton pada kali ini yang mana pentas akan terletak di bahagian tengah dewan.  





















Persiapan bagi persembahan untuk majlis tersebut juga telah dibuat dengan rapi. Latihan dari kumpulan nasyid dan kompang serta bacaan Al Quran oleh murid dijalankan sepanjang minggu ini bagi memastikan persembahan yang mantap pada majlis nanti.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada majlis tersebut bermula dengan nyanyian ayat Asma ul husna, bacaan Al Quran oleh murid, persembahan kumpulan kompang, persembahan nasyid, pertandingan menyusun ayat-ayat jawi, bercerita dan bersoal jawab dan diakhiri dengan upacara selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Majlis bermula pada jam 8.00  pagi dan berakhir pada jan 11 pagi 


Wednesday, February 8, 2012

Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Tungku 2012

Pada 6hb Febuari lalu, perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat daerah kecil Tungku telah diadakan bertempat di Perkarangan Urusetia Daerah Kecil Tungku. Para peserta perarakan telah pun berkumpul seawal jam 6 lebih di perkarangan Klinik Kesihatan Tungku. Sambutan tahun ini amat baik dan mendapat penyertaan beberapa kumpulan perarakan dari sekitar kawasan Tungku dan Felda.





Perarakan bermula sekitar jam 8 lebih dan berhimpun di Perkarangan Urusetia Daerah Kecil Tungku sehingga jam 11 lebih.  Pengadilan bagi pertandingan sepanduk telah dijalankan terlebih dahulu sebelum perarakan yang mana sebanyak 4 orang juri mengadili setiap kumpulan perarakan.








Paluan kompang antara para peserta kumpulan perarakan disertai dengan bacaan salawat di sepanjang perjalanan menghidupkan suasana sambutan tahun ini. Sambutan dihidupkan lagi dengan ceramah agama oleh Pegawai Zakat Negeri Sabah dan ucapan daripada Yang Berhormat Datuk Hj. Mohd. Suhaili Hj. Said, ADUN N. 49 Tungku. Sambutan mencapai acara kemuncaknya apabila pengumuman pemenang bagi peserta kumpulan perarakan terbaik tahun ini dibuat pada bahagian akhir acara sambutan. Acara dimulakan dengan penyampaian anugerah tokoh sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2012 yang dianugerahkan kepada Ustaz Hj. Ahmad Bukhari bin Budin. Lebih membanggakan lagi beliau merupakan bekas kakitangan SK. Tungku yang telah berkhidmat selama 30 tahun bermula tahun 1970an. Beliau bersara pada tahun 2004.





















Kumpulan perarakan dari SK. Tungku telah mendapat tempat ke-2 dalam kategori sekolah-sekolah yang disertai oleh SK. Sri Pantai dan SK. Anjung Teduh. Tempat pertama disandang oleh SK. Sri Pantai manakala tempat ke-3 dimenangi oleh SK. Anjung Teduh. Antara pemenang-pemenang kategori lain ialah Kg. Cenderawasih  dan Sahabat 2 selaku johan penyertaan bagi tahun 2012. Kumpulan perarakan Sk. Tungku telah berjaya menaikkan kedudukan dari tangga ke-3 tahun lalu ke tangga ke-2 tahun ini. Tahniah kami ucapkan.