Pada 8 hb Febuari yang lalu sukan tara peringkat sekolah telah dilangsungkan bertempat di perkarangan sekolah dan Padang Daerah Kecil Tungku. Murid-murid berkumpul di perkarangan sekolah sekitar jam 1.45 petang mengikut rumah sukan masing-masing. Acara mula berlangsung jam 2 petang.
Hanya tiga acara dipertandingkan untuk sukan tara kali ini iaitu lontar peluru lelaki dan perempuan, lompat jauh lelaki dan perempuan dan lari 100 meter lelaki dan perempuan. Acara lontar peluru dan lompat jauh diadakan di kawasan sekolah manakala acara pecut 100 meter dilangsungkan di Padang Daerah Kecil Tungku. Setiap rumah sukan menghantar 10 peserta untuk lompat jauh , lontar peluru dan 8 peserta untuk lari 100 meter lelaki dan perempuan.
Walaupun cuaca mendung dan hujan sekali sekala acara tetap diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan. Acara lari 100 meter memulakan sesi pada petang tersebut dengan acara saringan bagi mencari 8 peserta terakhir bagi bahagian lelaki dan perempuan. Ini diikuti oleh acara lompat jauh akhir bagi lelaki dan perempuan yang diadakan serentak dengan acara lontar peluru.
Pengadil setiap acara terdiri daripada guru-guru yang diberikan tugas bagi mengadili acara-acara yang berlangsung. Acara lari 100 meter menjadi acara penutup pada petang tersebut sebelum penyampaian hadiah dijalankan. Hujan turun ketika upacara penyampaian hadiah dijalankan. Namun kecepatan dan pengurusan yang baik membolehkan upacara penyampaian hadiah dijalankan tanpa ada sebarang penangguhan. Sebanyak 10 peserta menerima hadiah berupa pingat yang mana tempat pertama, kedua dan ketiga memberi punggutan markah yang tinggi kepada rumah sukan yang bertanding. Upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdul Hasim dan Guru Besar SK. Tungku En. Ahmad Sallehan. Syabas kepada rumah sukan yang menang.
Aksi beberapa orang guru mencuba nasib bertanding melontar peluru juga menarik perhatian pada hari tersebut.
Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berjaya dlaksanakan pada sabtu 11 hb Febuari. Majlis yang berlangsung di dewan serbaguna SK. Tungku itu dihadiri ramai murid-murid dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6. Segala persiapan telah pun diatur dengan rapi bagi menjayakan majlis ini. Persiapan dewan telah bermula sejak jumaat dengan menampilkan satu kelainan bagi para penonton pada kali ini yang mana pentas akan terletak di bahagian tengah dewan.
Persiapan bagi persembahan untuk majlis tersebut juga telah dibuat dengan rapi. Latihan dari kumpulan nasyid dan kompang serta bacaan Al Quran oleh murid dijalankan sepanjang minggu ini bagi memastikan persembahan yang mantap pada majlis nanti.
Pelbagai aktiviti dijalankan pada majlis tersebut bermula dengan nyanyian ayat Asma ul husna, bacaan Al Quran oleh murid, persembahan kumpulan kompang, persembahan nasyid, pertandingan menyusun ayat-ayat jawi, bercerita dan bersoal jawab dan diakhiri dengan upacara selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jan 11 pagi
bole tahan sekolah sana ar....tahniah la ma cikgu2 sana yg menjayakan majlis...
ReplyDeleteTerima kasih.. Ini pun atas kerjasama mereka juga
ReplyDelete