Thursday, January 12, 2012

Mesyuarat Kokurikulum kali pertama sesi 2012

Mesyuarat Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan tadi iaitu 11 hb Januari 2012 bertempat di Pusat Sumber sekolah. Mesyuarat yang bermula jam 12 tengah hari itu membincangkan tentang perancangan serta perjalanan aktiviti kokurikulum untuk  tahun ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Hasim. Hal-hal lain mesyuarat turut menyentuh tentang pengisian band untuk murid KSSR secara online bermula minggu ini, penambahbaikan surau baru sekolah, permulaan ujian peperiksaan untuk tahun 6 serta hal-hal lain berkaitan dengan HEM. Mesyuarat dihadiri oleh semua guru dan ditangguhkan pada jam 1.40 petang.







Friday, January 6, 2012

Permulaan musim persekolahan 2012 : Berpindahnya seorang guru

Musim persekolahan telah pun bermula. Pada 4hb Januari 2012, kelas-kelas kembali ceria menerima kehadiran murid-murid sama ada baru atau pun lama. Walau pun begitu permulaan tahun 2012 ini tidak seperti tahun lalu bagi guru-guru sekolah ini apabila salah seorang guru J-Qaf telah berpindah ke sekolah baru iaitu SK. Kepayan, Kota Kinabalu. Ustazah Dayang Maimun Awg. Binting telah berkhidmat di sekolah ini selama 5 tahun bermula  2007 hingga 2011. Beliau merupakan antara tenaga pengajar penting sekolah ini yang telah banyak mencurahkan jasa dan ilmu serta kerjasama kepada murid-murid mahu pun pihak sekolah.





Berikut merupakan sepotong ayat yang mengambarkan perasaan beliau semasa saya bertanyakan khabar serta ucapan tahniah kepadanya.
"hehehe...s'bnr aku tau bah poch, 15hb tu lgi kuar kputusannya tp aku mls bising2&kasi tau org d'skolah sedih bah jua aku ni mau pindah nda bole d'ungkap..c min lah org first yg ku kasi tau lps tu sma c tini & abg usup, tu pn lps 6 hari:)))mgkin c min kali yg kasitau dorg jumaat lps dorg dtg isi borng spba, bkn smua guru sk tungku tau aku dpt pindah...ko sudh isi kah poch??ko pilih brpa thn 58@60thn???poch jan lupa jmput aku kalau ko buat walimah nnti aah he:))tida sudh thn dpn aku d sk tungku poch sedihnyaaaaaa:(((minta maaf aahh poch sma ko, c mazlan, c lah, c awg&semualah guru2 lelaki kalau ada t'salah ckp, t'singgung ckp, t'kasar ckp, t'umpat dll 0-0 aah..kalau guru2 pempuan nntiku psn sma c min @ c tini ja(^_^)"
Di harap beliau dapat meneruskan semangat dan kegigihan beliau mencurahkan ilmu dan tenaga di sekolah baru. Kami doakan semoga berjaya.

Thursday, January 5, 2012

Perjumpaan guru-guru pertama tahun 2012







Satu perjumpaan telah diadakan antara semua guru SK. Tungku bertempat di Pusat Sumber sekolah. Perjumpaan yang bermula jam 12 tengah hari itu dipengerusikan oleh Guru Besar, En. Ahmad Salehan b. Arifin. Perjumpaan singkat ini membincangkan tentang mencipta tema Hari Guru 2012, pencapaian UPSR 2012, penilaian prestasi staff antara pihak atasan sekolah dan Pejabat Pelajaran, kehadiran guru-guru, jadual waktu, SKPM, SPBT, format rph, kepentingan waktu perhimpunan, KSSR, transisi, Linus dan headcount. Penolong HEM, Pn. Umai kalsum, pula memberi taklimat berkaitan pendaftaran murid baru dan jumlah yang layak menerima RMT. Majlis bersurai lebih kurang jam 1 tengah hari.

Saturday, December 24, 2011

Opsyen SBPA

Ramai dikalangan rakan-rakan sibuk membicarakan tentang SBPA. Bagi yang tinggal berdekatan agak mudah untuk singgah ke sekolah untuk menandatangani skim baru. Ada juga yang datang dari jauh dan tak lupa juga mereka yang menghantar menggunakan pos. Jangka masa iaitu dari 16 – 30 Disember ( kemudiannya dilanjutkan ke 15 Januari bagi pemilihan opsyen SBPA ) menjadi tempoh yang genting bagi para pejawat awam untuk mengumpul sebanyak maklumat tentang skim baru ini di tambah lagi dengan camputangan CUEPACS yang menghangatkan lagi informasi tanah air  di bulan terakhir tahun 2011 ini.

Kebanyakan rakan-rakan sekerja telah pun menandatangani skim ini sama ada dari Sekolah Tungku sendiri mahupun dari sekolah-sekolah lain. Bagi yang belum  pula masa masih ada hingga 15 Januari ini untuk mendapatkan maklumat serta info terkini perbincangan antara JPA dan CUEPACS. Cuma opsyen bersara 60 tahun sahaja kekal tarikh akhirnya iaitu pada 30hb ini. Apa pun dengan pengenalan skim baru ini ianya diharap dapat meningkatkan motivasi serta kualiti kerja dan yang lebih penting lagi keberkatan daripada kerja yang kita usahakan.

Borang opsyen SBPA boleh didapati secara online di laman web http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/opsyen-guru.html


Wednesday, December 14, 2011

Minggu terakhir: Rabu & khamis

Cuti sekolah telah pun bermula sejak 3 minggu yang lalu. Namun terdapat post yang masih tergantung kesudahannya . Walau bagaimanapun, bahannya tetap ada cuma ianya agak lewat sedikit diutarakan. Pada 17hb November lalu, persediaan dan raptai terakhir sebelum acara rasmi telah diadakan. Persiapan dewan telah 100% siap dan susunan aturcara giat diadakan bagi membiasakan dan memberi pendedahan awal kepada para penerima hadiah yang kebanyakkannya dari kalangan murid-murid mengenal kedudukan serta perjalanan majlis.
Semua unit telah pun bersedia memulakan majlis sejak jam 7 pagi lagi. Para tetamu jemputan telah pun mula membanjiri dewan serbaguna sejak jam 6.30 pagi. Bahagian pendaftaran sibuk mendaftar kedatangan tetamu sejak awal pagi.




Pasukan kompang, unit protokol, penyambut tetamu, unit P.A sistem, pengacara dan semua pihak terbabit telah pun bersedia menunggu isyarat kedatangan tetamu terhormat iaitu Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Unit Pengurusan Sekolah daerah Lahad Datu, Pn. Aisah Bt. Hj. Hassan. Majlis bermula lebih kurang jam 8 pagi sejurus ketibaan tetamu terhormat.  Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan Sabah Maju Jaya dan diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Awang Rozey. 










Selepas sahaja penyampaian cenderahati kepada tetamu terhormat , beberapa persembahan telah diadakan oleh murid-murid dimulakan dengan persembahan bercerita  diselangselikan dengan majlis penyampaian sijil penghargaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik untuk murid-murid, persembahan memperaga pakaian, penyampaian sijil penghargaan dan kecemerlangan untuk guru-guru dan akhir sekali persembahan koir oleh murid-murid tahun enam.














Majlis berakhir sekitar jam 11 lebih. Khabar kurang menyeronokkan tiba daripada rakan setiausaha peperiksaan apabila berita keputusan UPSR kurang memberangsangkan bagi sekolah ini. Mesyuarat post mortem telah diadakan pada hari jumaat bagi membincangkan tentang keputusan UPSR serta tindakan susulan yang akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut di tahun hadapan.

Apa pun tahun 2012 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi SK. Tungku . usaha yang lebih gigih diperlukan bagi membaiki pencapaian murid-murid dalam UPSR tahun 2012. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah dipilih sebagai pemenang anugerah Guru Cemerlang bagi Kurikulum, Kokurikulum dan HEM. Ucapan tahnian juga ditujukan kepada murid-murid yang berjaya dalam pelajaran dan bidang masing-masing. Tidak lupa juga ucapan tahniah ditujukan kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR. Bagi yang tidak berjaya pula perjalanan masih panjang maka teruskan perjuangan , belajar dengan gigih agar dapat mencapai impian yang diinginkan. Gambar disebalik tabir majlis tersebut boleh dilihat dalam galeri laman web SK. Tungku.

Wednesday, November 16, 2011

Minggu Terakhir Persekolahan : Selasa


Persiapan untuk sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan peringkat sekolah SK. Tungku telah dimulakan hari ini. Selepas sahaja lonceng tamat rehat dibunyikan, aktiviti menyusun dan menghias dewan terus dimulakan. Bermula dengan susunan nama-nama penerima anugerah yang dikumpulkan dalam satu tempat untuk diberi taklimat awal hinggalah ke susun atur kerusi dan hiasan dewan, semuanya berkerjasama untuk menyiapkan bidang tugasan yang diarahkan.











AJK P.A  System juga memulakan tugas memasang kelengkapan audio untuk raptai penuh yang akan diadakan esok (hari ini).  Sebanyak 90% kerja berjaya disiapkan dan hanya perlu sedikit penambahan untuk raptai penuh nanti. 

Tuesday, November 15, 2011

Minggu Terakhir Persekolahan : Isnin

Pembinaan surau SK. Tungku telah pun dimulakan minggu ini. Surau pertama ini dibina berhampiran Prasekolah SK. Tungku dan  di jangka siap tahun hadapan. Pada masa yang sama juga makmal computer sekolah juga sedang dalam proses penyiapan fasa terakhir. Urusan fail RMT juga selesai hari ini yang mana semua guru-guru kelas menghantar laporan serta fail RMT untuk disemak oleh jawatankuasa RMT sekolah.




Mesyuarat Staff juga diadakan pada jam 12.20 tengah hari kemarin. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum En. Idros A. Kampak membincangkan tentang senarai subjek yang akan diajar oleh guru-guru pada tahun hadapan. Juga dibincangkan ialah penetapan guru-guru kelas untuk tahun depan. Pemberian wang RM 100 untuk murid-murid juga dibincangkan selain beberapa hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat yang diadakan di Pusat Sumber  sekolah itu berakhir lebih kurang jam 1.30 petang.




Minggu ini juga menyaksikan bermulanya musim hujan di kawasan Tungku dan sekitarnya. Hujan turun dengan lebatnya semasa mesyuarat staff berlangsung.