Ramai dikalangan rakan-rakan sibuk membicarakan tentang SBPA. Bagi yang tinggal berdekatan agak mudah untuk singgah ke sekolah untuk menandatangani skim baru. Ada juga yang datang dari jauh dan tak lupa juga mereka yang menghantar menggunakan pos. Jangka masa iaitu dari 16 – 30 Disember ( kemudiannya dilanjutkan ke 15 Januari bagi pemilihan opsyen SBPA ) menjadi tempoh yang genting bagi para pejawat awam untuk mengumpul sebanyak maklumat tentang skim baru ini di tambah lagi dengan camputangan CUEPACS yang menghangatkan lagi informasi tanah air di bulan terakhir tahun 2011 ini.
Kebanyakan rakan-rakan sekerja telah pun menandatangani skim ini sama ada dari Sekolah Tungku sendiri mahupun dari sekolah-sekolah lain. Bagi yang belum pula masa masih ada hingga 15 Januari ini untuk mendapatkan maklumat serta info terkini perbincangan antara JPA dan CUEPACS. Cuma opsyen bersara 60 tahun sahaja kekal tarikh akhirnya iaitu pada 30hb ini. Apa pun dengan pengenalan skim baru ini ianya diharap dapat meningkatkan motivasi serta kualiti kerja dan yang lebih penting lagi keberkatan daripada kerja yang kita usahakan.
Borang opsyen SBPA boleh didapati secara online di laman web http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/opsyen-guru.html
No comments:
Post a Comment