Pada keesokannya (16 Mei 2013) seluruh warga SK. Tungku meraikan sambutan Hari Guru bersama-sama di bangunan Makmal Komputer sekolah. Majlis Sambutan Hari Guru kali ini diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan warga sekolah sahaja. Kemeriahan mula terasa sebaik sahaja murid masuk ke dalam makmal menantikan acara yang akan dipersembahkan. Majlis bermula dengan ucapan pengacara majlis, En. Erwin yang kemudiannya diikuti oleh bacaan doa oleh ustaz Abd. Muhaimin. Penolong Kanan Kokurikulum En. Abd. Hasim memulakan ucapan kata alu aluan sebelum Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan membuat ucapan dan sekali gus merasmikan sambutan Hari Guru SK. Tungku bagi tahun 2013. Antara acara-acara yang dipersembahkan pada perayaan kali ini adalah ucapan Ketua Murid SK. Tungku, tayangan slide, cabutan bertuah untuk guru-guru dan murid, persembahan sajak "Jasamu dikenang", Penyampaian cendera kenangan kepada bekas staf SK. Tungku iaitu En. Mohd. Yusof, Persembahan Koir "Terima kasih cikgu", Persembahan nasyid, acara memotong kek, tarian igal-igal dan penyampaian anugerah guru. Acara memotong kek diadakan pada jam 10 pagi yang diadakan serentak di semua sekolah diseluruh negara. Paling menarik perhatian ialah acara anugerah guru yang mendapat sorakan paling meriah melalui beberapa kategori yang dipertandingkan. Guru-guru yang memenangi anugerah tersebut dipilih melalui undian terbanyak oleh murid-murid dan guru-guru.
Friday, May 17, 2013
Sambutan Hari Guru 2013 SK. Tungku
Sambutan Hari Guru tahun ini disambut meriah oleh guru-guru dan staf SK. Tungku. Bermula dengan sukaneka yang diadakan sehari lebih awal sebelum sambutan Hari Guru diadakan, kemeriahan dapat dirasai dengan penganjuran empat aktiviti yang diatur pada hari tersebut. Acara memasukkan bola dalam jaring, bowling kelapa, sambut belon berair dan bola tampar. Setiap acara diadakan secara berkumpulan kecuali sambut belon berair yang diadakan secara berpasangan. Sukaneka kelolaan En. Mazlan bermula jam 2.35 petang dimulai dengan acara memasukkan bola ke dalam jaring. Acara kedua bowling kelapa diikuti oleh acara sambut belon berair dan diakhiri dengan pertandingan bola tampar. Berikut merupakan antara beberapa gambar menarik sekitar sukaneka tersebut.
Pada keesokannya (16 Mei 2013) seluruh warga SK. Tungku meraikan sambutan Hari Guru bersama-sama di bangunan Makmal Komputer sekolah. Majlis Sambutan Hari Guru kali ini diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan warga sekolah sahaja. Kemeriahan mula terasa sebaik sahaja murid masuk ke dalam makmal menantikan acara yang akan dipersembahkan. Majlis bermula dengan ucapan pengacara majlis, En. Erwin yang kemudiannya diikuti oleh bacaan doa oleh ustaz Abd. Muhaimin. Penolong Kanan Kokurikulum En. Abd. Hasim memulakan ucapan kata alu aluan sebelum Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan membuat ucapan dan sekali gus merasmikan sambutan Hari Guru SK. Tungku bagi tahun 2013. Antara acara-acara yang dipersembahkan pada perayaan kali ini adalah ucapan Ketua Murid SK. Tungku, tayangan slide, cabutan bertuah untuk guru-guru dan murid, persembahan sajak "Jasamu dikenang", Penyampaian cendera kenangan kepada bekas staf SK. Tungku iaitu En. Mohd. Yusof, Persembahan Koir "Terima kasih cikgu", Persembahan nasyid, acara memotong kek, tarian igal-igal dan penyampaian anugerah guru. Acara memotong kek diadakan pada jam 10 pagi yang diadakan serentak di semua sekolah diseluruh negara. Paling menarik perhatian ialah acara anugerah guru yang mendapat sorakan paling meriah melalui beberapa kategori yang dipertandingkan. Guru-guru yang memenangi anugerah tersebut dipilih melalui undian terbanyak oleh murid-murid dan guru-guru.
Majlis kemudian diakhiri dengan pertukaran hadiah antara guru-guru yang diadakan di pusat sumber sekolah. Guru-guru akan menyampaikan hadiah secara "berantai" iaitu memberi hadiah kepada guru yang terlibat secara bersambungan. Acara ini diadakan sebaik selesai pengagihan bunga telur untuk setiap murid yang hadir pada hari tersebut. Walaupun sambutan agak sederhana namun kemeriahan perayaan kali ini sangat dirasai melebihi kemeriahan yang diadakan sebelum ini. Semua guru hadir pada sambutan kali ini termasuk En. Eransha dan Pn Siti Norizam yang turut hadir biarpun lewat selepas kembali dari menghadiri peperiksaan PJJ di IPG Tawau. Syabas diucapkan kepada AJK penganjur dan semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru peringkat SK. Tungku 2013. Terima kasih juga diucapkan kepada murid-murid yang memeriahkan lagi sambutan kali ini. Selamat Hari Guru kepada semua warga guru sama ada di SK. Tungku dan guru-guru diseluruh Malaysia.
Pada keesokannya (16 Mei 2013) seluruh warga SK. Tungku meraikan sambutan Hari Guru bersama-sama di bangunan Makmal Komputer sekolah. Majlis Sambutan Hari Guru kali ini diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan warga sekolah sahaja. Kemeriahan mula terasa sebaik sahaja murid masuk ke dalam makmal menantikan acara yang akan dipersembahkan. Majlis bermula dengan ucapan pengacara majlis, En. Erwin yang kemudiannya diikuti oleh bacaan doa oleh ustaz Abd. Muhaimin. Penolong Kanan Kokurikulum En. Abd. Hasim memulakan ucapan kata alu aluan sebelum Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan membuat ucapan dan sekali gus merasmikan sambutan Hari Guru SK. Tungku bagi tahun 2013. Antara acara-acara yang dipersembahkan pada perayaan kali ini adalah ucapan Ketua Murid SK. Tungku, tayangan slide, cabutan bertuah untuk guru-guru dan murid, persembahan sajak "Jasamu dikenang", Penyampaian cendera kenangan kepada bekas staf SK. Tungku iaitu En. Mohd. Yusof, Persembahan Koir "Terima kasih cikgu", Persembahan nasyid, acara memotong kek, tarian igal-igal dan penyampaian anugerah guru. Acara memotong kek diadakan pada jam 10 pagi yang diadakan serentak di semua sekolah diseluruh negara. Paling menarik perhatian ialah acara anugerah guru yang mendapat sorakan paling meriah melalui beberapa kategori yang dipertandingkan. Guru-guru yang memenangi anugerah tersebut dipilih melalui undian terbanyak oleh murid-murid dan guru-guru.
Saturday, April 27, 2013
Lawatan dan Pemantauan Guru-guru Besar Daerah Lahad Datu ke SK. Tungku
SK. Tungku telah menjadi tuan rumah kepada lebih 40 pelawat yang terdiri daripada Pegawai Pelajaran Daerah, Guru-guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran pada 23 hb April (selasa) lalu. Guru Besar SK. Pekan 1 En. Salleh Yangkok dan Guru Besar SK. Sahabat 4, En. Ishak Kampak merupakan antara Guru-guru Besar yang hadir seawal jam 6 pagi. En. Salleh Yangkok yang kini merupakan Guru Besar SK. Pekan 1, merupakan bekas staf SK. Tungku dan merupakan salah seorang daripada 17 orang Guru Besar yang pernah mentadbir sekolah ini.
Majlis dimulakan lebih kurang jam 8.30 pagi setelah semua tetamu hadir berkumpul di bangunan Makmal Sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara program, En Erwin dan diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Jamaus dan ucapan dari Pegawai Pelajaran Lahad Datu, En. Hj. Nasil. Guru Besar SK. Tungku, En Marjan kemudian memberi ucapan seterusnya sambil memperkenalkan sedikit latar belakang sekolah melalui tayangan slide.
Majlis diteruskan dengan laporan pemantauan oleh Guru-guru Besar. Beberapa guru yang dicerap Pn, Rusiatina (matematik), En. Noor Azmi (Sains), Pn. Ruswin (Bahasa Inggeris), En Rizwan (Pendidikan Seni) dan En. Eransha (Bahasa Melayu). Guru-Guru Besar memberi ulasan mengenai hasil pemantauan yang mereka lakukan dan mendapat respon yang positif daripada guru-guru yang terlibat. Menurut Hj. Nasil, SK. Tungku merupakan sekolah kedua selepas salah satu sekolah menengah yang menjadi antara perintis program pemantauan tersebut. Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Lahad Datu, En. Gimson juga memberi sedikit ucapan pada bahagian terakhir lawatan tersebut. Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi.
Majlis dimulakan lebih kurang jam 8.30 pagi setelah semua tetamu hadir berkumpul di bangunan Makmal Sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara program, En Erwin dan diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Jamaus dan ucapan dari Pegawai Pelajaran Lahad Datu, En. Hj. Nasil. Guru Besar SK. Tungku, En Marjan kemudian memberi ucapan seterusnya sambil memperkenalkan sedikit latar belakang sekolah melalui tayangan slide.
Selepas ucapan dan pembentangan dari Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan mengenai sedikit maklumat latar belakang sekolah, En. Suhaimi yang juga merupakan pengerusi bagi penyelaras bagi program pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran memberi sedikit taklimat mengenai pemantauan yang akan diadakan. Guru-guru Besar dan Penolong Kanan terbahagi kepada beberapa kumpulan dan mula memantau proses pengajaran dan pembelajaran bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi. Antara subjek yang menjadi tumpuan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan beberapa subjek elektif.
Selepas pemantauan dijalankan, bekas Pegawai Pelajaran Daerah yang juga merupakan Guru Besar SK. Terusan, Hj. Abdul turut meluangkan masa menayangkan beberapa gambar keadaan di tempat pencerobohan iaitu di Tanjung Labian kepada para tetamu ketika jamuan. Beberapa gambar tersebut diambil ketika lawatan beliau melihat keadaan keluarga di sana.
Sunday, April 7, 2013
Gotong royong membaiki kerusi meja murid
Aktiviti gotong royong membaiki kerusi dan meja murid sekolah SK. Tungku mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada para ibu bapa apabila seramai lebih 40 orang hadir menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti yang diadakan kelmarin (sabtu) dengan anjuran bersama guru-guru dan ibu bapa turut dihadiri oleh yang Dipertua PIBG SK. Tungku, En Taib Mayong dan Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan. Pengumuman mengenai aktiviti tersebut telah dibuat oleh Guru Besar semasa perhimpunan isnin lalu. Beliau mengumumkan aktiviti tersebut selepas memantau keadaan kerusi dan meja murid-murid di beberapa kelas yang didapati daif dan perlu dibaiki.
Sementara itu, beberapa orang guru juga mengambil peluang ini untuk menyusun semula kedudukan meja guru-guru dalam bilik guru mengikut kesesuaian bilangan semasa staf SK. Tungku. Bilangan guru SK. Tungku bertambah dengan kemasukkan 3 orang guru mengisi kekosongan 2 orang guru yang berpindah tahun lalu.
Selain dapat memperbaiki kerusi dan meja murid-murid yang rosak, ianya juga sedikit sebanyak merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dengan warga pendidik SK. Tungku. Aktiviti berakhir sebelum jam 12 tengah hari.

Saturday, April 6, 2013
Kegiatan Gerko kembali aktif
Selepas melalui situasi tegang sepanjang bulan Mac lalu , kegiatan kokurikulum kembali ceria dengan murid-murid bersemangat melakukan aktiviti yang dirancang oleh setiap Unit beruniform dan Sukan. Keadaan yang semakin baik membolehkan murid-murid datang menghadiri perjumpaan Unit Beruniform dan Sukan yang bermula tiap hari rabu jam 2.30 hingga 4.30 petang. Acara yang melibatkan aktiviti kelab sukan diadakan pada sebelah petang.
Diharap murid-murid dapat belajar sesuatu melalui aktiviti yang dijalankan pada petang ini dan doa sentiasa dipanjatkan agar keadaan sentiasa tenang seperti sediakala. Syabas kepada guru-guru yang berjaya melaksanakan aktiviti murid untuk perjumpaan kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)