Selepas melalui situasi tegang sepanjang bulan Mac lalu , kegiatan kokurikulum kembali ceria dengan murid-murid bersemangat melakukan aktiviti yang dirancang oleh setiap Unit beruniform dan Sukan. Keadaan yang semakin baik membolehkan murid-murid datang menghadiri perjumpaan Unit Beruniform dan Sukan yang bermula tiap hari rabu jam 2.30 hingga 4.30 petang. Acara yang melibatkan aktiviti kelab sukan diadakan pada sebelah petang.
Diharap murid-murid dapat belajar sesuatu melalui aktiviti yang dijalankan pada petang ini dan doa sentiasa dipanjatkan agar keadaan sentiasa tenang seperti sediakala. Syabas kepada guru-guru yang berjaya melaksanakan aktiviti murid untuk perjumpaan kali ini.
No comments:
Post a Comment