Pertandingan Bola Tampar Tertutup SK . Tungku telah dilaksanakan dengan jayanya tahun ini dengan sambutan hangat dari para peminat bola tampar. Walaupun pertandingan ini hanya terbuka kepada rakan-rakan sepermainan yang terdekat namun ia telah berjaya diurus dan dilaksanakan dengan baik. Pertandingan yang bermula 11 hb November hingga 14 November itu menyaksikan sebanyak 5 pasukan bertanding secara liga. Setiap pasukan memiliki pemain yang dipecahkan secara undian telah menjadikan pertandingan tersebut mempunyai daya tarikannya tersendiri. Seramai 7 pemain staf SK. Tungku beraksi mengikut pasukan yang dipilih berdasarkan undian pemain. Perlawanan diadakan pada minggu terakhir persekolahan dan diadakan pada sebelah petang bermula jam 3.30 dan bertempat di gelanggang bola tampar SK. Tungku.
Pertandingan tersebut menarik minat para peminat bola tampar dari kampung berhampiran yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding pada setiap petang. Pertandingan ini dianggap kemuncak kepada sesi permainan bola tampar setiap petang bersama para pemain dari kawasan berhampiran di sepanjang tahun 2013 ini.
Perlawanan sengit dapat disaksikan pada hari terakhir pertandingan tersebut yang mana setiap pemain berkerja keras mendapatkan mata dan memberi saingan kepada pasukan lawan. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan yang turut serta memberi sokongan dan arahan kepada pasukan yang bertanding. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Hasim dan Penolong Kanan Kurikulum, En. Idros yang turut terlibat sebagai pemain dalam pertandingan tersebut. Sijil penghargaan juga diberikan kepada pengusaha kantin, En. Rahim, En. Arwin dan En. Mohd. Jhun di atas sumbangan mereka sepanjang pertandingan ini berlangsung. Majlis diserikan lagi dengan pengumuman hadiah bagi pasukan paling 'happening", Penyokong paling 'happening" pada majlis tersebut. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas selesai pertandingan dijalankan. Pertandingan ini nyata mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga sekolah dengan masyarakat setempat. Pertandingan ini diharap dapat diteruskan agar warga sekolah bukan hanya berkerjasama dengan masyarakat setempat di dalam PIBG sahaja malah aktiviti sukan seperti ini juga boleh merapakan lagi persefahaman antara guru-guru dan masyarakat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya.
No comments:
Post a Comment