Perjumpaan susulan dilakukan oleh Ketua Penyelaras Unit Kelab dan Persatuan, En. Noor Azmi B. Hj. Arshad pada keesokan harinya bagi membincangkan bentuk aktiviti yang akan dijalankan. Perjumpaan yang dihadiri oleh Ketua-ketua Penasihat Kelab dan Persatuan itu berbincang bersama-sama bagi mencari aktiviti yang sesuai untuk dimuatkan pada sempena minggu Hari Kemerdekaan nanti.
Kedua-dua perjumpaan berakhir sekitar jam 1 lebih. Di harap segala input yang diberi dalam pejumpaan ini dapat digunakan sepenuhnya ketika aktiviti tersebut dilaksanakan nanti.
No comments:
Post a Comment