Tidak banyak perkara yang berlaku di sekolah sepanjang minggu ini melainkan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada Jumaat lepas. Keadaan agak berangin di sepanjang hari ini kerana menurut masyarakat setempat, angin selatan bertiup membawa keadaan berangin dan laut berombak. Tidak banyak yang dilakukan petang ini selain mengambil beberapa gambar sekeliling. Guru-guru sibuk menguruskan hal masing-masing. Ada diantara rakan-rakan yang sibuk belajar sempena peperiksaan untuk PJJ , balik kg bagi yang tinggal luar dari sekolah, cuci kereta, bergerak ke bandar dan hal-hal lain bagi mengisi masa lapang dihujung minggu ini.
Esok bermula lagi episod kehidupan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Bagi rakan-rakan yang sedang belajar atau membuat assignment untuk PJJ diucapkan selamat berjaya. Bagi rakan-rakan lain diucapkan selamat menempuh minggu baru di bulan Jun ini.
No comments:
Post a Comment