Pada 29hb Febuari lalu, satu taklimat tentang SPEED dan AKUN telah diadakan bertempat di pusat sumber sekolah bermula jam 12 tengah hari. Ini diikuti oleh taklimat Revolusi Kecemerlangan Akademik yang diadakan pada tengah hari tadi 1hb Mac 2012. Taklimat disampaikan oleh Guru besar SK. Tungku, En. Ahmad Sallehan.
Isi kandungan taklimat tersebut antara lain menjelaskan tentang definisi SPEED, AKUN, Linus, pencapaian band untuk sekolah dan program-program serta aktiviti lain yang berkaitan. Sebelum itu, En. Jabridin memberi taklimat sedikit mengenai pengurusan sistem fail meja setiap guru, panitia-panitia serta unit-unit di bawah HEM, Kokurikulum dan Kurikulum sebagai persediaan untuk dipantau oleh pihak sekolah dan SMK Tungku nanti.
Sebelum taklimat mengenai Revolusi Kecemerlangan Akademik bermula, Pn. Umai Kalsum selaku Penolong kanan HEM juga mengadakan sedikit taklimat berkaitan pengurusan pemberian baju serta kasut bagi setiap kelas serta pemberian RM 50 kepada setiap guru kelas sebagai kos perbelanjaan untuk melengkapkan serta mencantikkan kelas. Taklimat berakhir lebih kurang jam 1 lebih.
No comments:
Post a Comment