Program transisi untuk tahun satu telah dijalankan sejak minggu pertama dan berakhir pada minggu kedua persekolahan. Tujuan program ini ialah untuk murid-murid tahun satu ini membiasakan diri dengan suasana baru persekolahan. Kebanyakan murid-murid ini belajar di prasekolah SK. Tungku dan juga KEMAS Kg. Dengan.
Pelbagai program dijalankan seperti orentasi sekitar sekolah, ceramah tentang penjagaan gigi oleh para jururawat dari bahagian kesihatan gigi, sukaneka dan bermacam-macam lagi.
Kelihatan salah seorang dari jururawat sedang memberi penerangan tentang penjagaan gigi kepada murid-murid.
Sample gigi yang digunakan dan juga aksi sukanneka pada waktu pagi.(bawah)
No comments:
Post a Comment