Friday, July 13, 2012

Senam robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia SK. Tungku

Pada 10hb lalu, SK. Tungku telah berjaya melaksanakan program Senam robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bertempat di perkarangan sekolah SK. Tungku. Program di bawah kendalian kokurikulum itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penyertaan murid serta ibu bapa yang turut hadir dalam senam robik tersebut. Kehadiran tentera post cawangan Tungku juga memeriahkan lagi suasana sambutan. Majlis dirasmikan oleh ADUN Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Hj. Said. Aktiviti senam robik dimulakan selepas selesai ucapan perasmian dari Datuk Mohd. Suhaili dan ucapan kata alu-aluan dari Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan b. Hj. Bahajan.







































Tetamu terhormat turut bersenam robik bersama murid-murid. guru-guru, ibu bapa dan para hadirin yang hadir menjayakan program tersebut. Setelah selesai senam robik, sukaneka diadakan untuk pengisian seterusnya. Sukaneka ini terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk dewasa dan untuk murid-murid sekolah. Beberapa permainan dipertandingkan seperti tarik tali untuk dewasa, isi air dalam botol (dewasa dan murid-murid), belon beracun (dewasa dan murid-murid sekolah), tendang bola dalam gol berkumpulan (dewasa), bowling padang (murid-murid sekolah) dan lain-lain lagi.







































Acara sukaneka berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada para peserta yang bertanding. Pasukan guru-guru dan tentera juga mengambil bahagian dalam beberapa permainan yang dipertandingkan. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis dimulakan dengan sumbangan beras kepada anak-anak yatim SK. Tungku yang disampaikan oleh Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Hj. Bahajan, Kapten post tentera Cawangan Tungku, dan Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Umai Kalsum merupakan antara penyampai hadiah kepada pemenang. Bagi kategori murid-murid, Rumah Helang telah memenangi tempat pertama secara keseluruhan pada sukaneka kali ini. 









Syabas kepada AJK yang terlibat menjayakan Program Senam robik 1 Murid 1 Sekolah 1 Malaysia pada kali ini. Kepuasan jelas terpancar bukan sahaja kepada AJK yang bertungkus lumus memastikan perjalanan program berjalan lancar tetapi juga para peserta yang menyertai program tersebut. 


Ucapan terima kasih juga kepada rakan jurufoto yang membantu melengkapkan sesi fotografi untuk program kali ini.

Wednesday, June 27, 2012

Hari pertama program Hari Motivasi dan Kecemerlangan SK. Tungku 2012

Hari pertama program Motivasi dan Kecemerlangan SK. Tungku berjalan lancar tadi dengan program pada hari ini dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu dan diikuti oleh subjek Sains. Penceramah jemputan untuk subjek Bahasa Melayu, Hj. Suhaimi b. Kasuari memulakan program hari ini dengan memberi ceramah teknik menjawab soalan kertas 2 Bahasa Melayu. Ini merupakan lawatan beliau kali kedua sejak pertama kali hadir memberikan ceramah pada tahun 2009.
















Penceramah jemputan kedua untuk subjek Sains, En. Mohd Ali Masyhum dari SK. Cenderawasih menyambung program kedua untuk hari ini dengan menerangkan aspek-aspek yang perlu diketahui sebelum menjawab soalan selain menyampaikan teknik menjawab soalan untuk bahagian aneka pilihan. Kedua-dua penceramah memberi perubahan dan impak yang besar kepada semangat dan pengetahuan murid pada hari ini kerana kebanyakan teknik yang didedahkan diambil dari pengalaman sebagai pemeriksa dan pengetahuan dari perkembangan terkini pengajaran subjek-subjek berkenaan.












Program untuk hari kedua akan dimulakan esok dengan subjek Bahasa Inggeris akan memulakan program diikuti oleh subjek Matematik. Diharap murid-murid dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui program yang dijalankan hari ini.