Kejohanan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang. Ucapan syabas kepada jawatankuasa pertandingan yang berjaya memastikan segala aktiviti berjalan lancar. Tahniah juga kepada pasukan Praskolah SK. Tungku yang menunjukkan peningkatan tahun ini dengan 2 pingat perak. Ucapan tahniah juga kepada pasukan yang menang dan bagi yang kalah teruskan perjuangan dan cuba lagi di tahun hadapan.
Sunday, May 20, 2012
Sukan Prasekolah peringkat Zon Tungku 2012
Sukan Prasekolah peringkat Zon Tungku telah diadakan pada 10 hb Mei lalu bertempat di padang SK. Sri Pantai, Lahad Datu. Kejohanan dirasmikan oleh Penyelia Prasekolah, Pn. Nelja. Lebih 10 prasekolah menyertai kejohanan kali ini dengan menyaksikan penyertaan julung kali Prasekolah SK. Tambisan. Sebanyak 6 acara dipertandingkan iaitu lari pecut 50 meter lelaki dan perempuan, 4 x 50 meter lelaki dan perempuan, sepak bola, kumpul bola, masukkan bola dalam jaring dan acara penutup iaitu tarik tali. Acara berlangsung dengan lancar dan meriah dengan sorakan ibu bapa serta guru-guru yang menyokong pasukan masing-masing. Kejohanan dimeriahkan lagi dengan acara terbuka lari 3 kaki lelaki dan perempuan dan acara tarik tali antara pasukan prasekolah yang nyata mendapat sambutan sangat menggalakan para penonton. Berikut antara aksi menarik yang dapat dirakamkan ketika kejohanan tersebut berlangsung.
Saturday, May 19, 2012
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK. Tungku
Satu mesyuarat kecil jawatankuasa PIBG SK. Tungku telah diadakan di Pusat Sumber SK. Tungku pagi tadi dengan dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum SK. Tungku, En. Idros A. Kampak. Mesyuarat dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SK. Tungku, En. Taib Mayong, Setiausaha PIBG, En. Rizali Ab. Rahim, Bendahari, En. Zulkifle Abd. Kayum, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd. Hasim dan beberapa guru dan ibu bapa. Mesyuarat yang diadakan jam 9.00 pagi tadi membincangkan tentang ketetapan beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh ahli mesyuarat, aktiviti-aktiviti yang akan dirancang bagi tahun ini dan hal-hal yang berkaitan untuk kemajuan sekolah. Mesyuarat berakhir lebih kurang jam 11.45 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)