Tuesday, July 5, 2011

Kejohanan Sukan Sekolah SK. Tungku 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SK. Tungku telah berlangsung bermula 27hb Jun dan berakhir secara rasmi pada 2hb Julai lalu. Kejohanan yang menghimpunkan sukan permainan dan olahraga itu secara rasminya dimenangi oleh Rumah Nuri (Hijau), kedua Rumah Enggang (Kuning), ketiga Rumah Merak (Merah) dan keempat Rumah Helang (Biru). Beberapa acara permainan dipertandingkan iaitu bola sepak lelaki, sepak takraw lelaki, bola tampar lelaki dan perempuan dan bola jaring untuk perempuan. Turut dipertandingkan acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Semua acara dipertandingkan dalam dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan A dan kategori lelaki dan perempuan B. Majlis perasmian dan penutupan kejohanan dilakukan oleh Guru Besar SK. Tungku, En. Ahmad Sallehan B. Arifin.










Menang kalah adalah adat mana-mana pertandingan, yang penting semua pihak yang terlibat berkerjasama bagi memastikan kejohanan kali ini berjalan seperti yang dirancang.








Disamping murid-murid lain sibuk menyaksikan atlit rumah sukan mereka beraksi, ada juga guru-guru yang meluangkan masa bertanding sesama sendiri.






Rakan setugas


Apa pun syabas kepada semua guru-guru kerana menjayakan sukan pada tahun ini. Terima kasih juga ditujukan kepada rakan jurugambar iaitu En. Eransha kerana kerjasama beliau dalam merakam babak-babak menarik sepanjang kejohanan berlangsung. Sebahagian gambar-gambar aksi disebalik tabir sukan SK. Tungku juga boleh didapati di bahagian galeri gambar di laman web SK. Tungku.


Sunday, July 3, 2011

Larian 1M1S1M SK. Tungku

Larian 1M1S1M telah diadakan pada sabtu lalu 2hb Julai 2011. Program ini diadakan selaras dengan program anjuran Kementerian Pelajaran yang diadakan serentak di seluruh negara. Pendaftaran telah dibuka seawal jam 6.30 dan mendapat sambutan yang menggalakan dari orang ramai. Dua kategori diadakan iaitu pertama untuk murid-murid dan kedua pula terbuka untuk orang ramai. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat mengenai kawasan larian dan aktiviti senaman ringan sebelum larian. Larian ini juga turut mendapat kerjasama pihak polis cawangan Tungku yang membantu memastikan perjalanan program berjalan lancar.










Larian berakhir di kawasan padang daerah kecil Tungku. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas kesemua peserta menamatkan larian. Program yang diadakan bersama-sama dengan aktiviti merentas desa peringkat sekolah juga menyaksikan pengumuman keputusan rasmi kedudukan rumah sukan. Rumah sukan Nuri (Hijau) memenangi pertandingan sukan tahunan sekolah bagi tahun ini. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Enggang (Kuning), ketiga Merak (Merah) dan Helang (Biru) di tangga ke-4.

Tuesday, June 28, 2011

Peristiwa dan Aktiviti sepanjang minggu lepas

Banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku di dalam mahupun luar sekolah sepanjang minggu lepas. Antaranya Sukaneka anjuran Pergerakan Wanita UMNO yang berlangsung di padang luar sekolah. Ianya berlangsung pada 19hb Jun lalu. Majlis bermula dalam jam 8 pagi dan berakhir sebelum tengah hari. Majlis ini mendapat sambutan ramai penduduk kampung berhampiran.


Di sepanjang minggu lepas juga berlangsung perjumpaan rumah-rumah sukan pada 20hb Jun dan perjumpaan AJK Perlaksana Sukan Sekolah pada 23hb Jun. Perjumpaan-perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan tentang hal ehwal dalaman antara rumah-rumah sukan, percaturan strategi serta memastikan perjalanan program berjalan lancar. Perjumpaan antara AJK pelaksana pula menyaksikan perbincangan hangat dikalangan ahli berkaitan beberapa perkara. Walau bagaimanapun, keputusan sebulat suara dapat juga dicapai hasil toleransi sesama ahli.








Pada hari jumaat pula pihak tentera telah bertemu dengan Guru Besar sekolah bagi memaklumkan tentang lawatan pegawai Angkatan Tentera Darat melalui helikopter yang akan mendarat di padang bersebelahan sekolah. Walau bagaimanapun, helikopter tersebut mendarat selepas waktu persekolahan. Pendaratan helikopter ini mendapat perhatian ramai penduduk kampung berdekatan bagi melihat dengan lebih dekat helikopter tersebut.









Sebelum itu, beberapa rumah sukan telah memantapkan lagi persiapan menghadapi sukan sekolah dengan  memberi pendedahan awal kepada atlit-atlit mereka dalam beberapa acara. Rumah-rumah sukan ini juga  telah membuat persiapan terakhir mereka melalui latihan pengukuhan pada setiap petang dan ada juga yang melakukan persiapan terakhir pada hujung minggu.













Kejohanan sukan peringkat sekolah telah pun dirasmikan dan beberapa acara telah pun bermula dan akan berakhir pada hari khamis ini. Kejohanan akan ditutup secara rasminya selepas larian merentas desa/larian 1 murid 1 sukan yang akan berlangsung pada 2hb Julai ini.

Saturday, June 18, 2011

Mesyuarat Sukan Sekolah



Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum yang baru iaitu En. Abdul Hasim. Mesyuarat membincangkan tentang aktiviti merentas desa, penetapan hari sukan sekolah serta pemberitahuan senarai jawatankuasa untuk merentas desa dan hari sukan tersebut. Mesyuarat telah menetapkan tarikh untuk hari merentas desa ialah pada 24hb Jun ini. Manakala pada 27, 28 dan 29 merupakan Hari Sukan Sekolah. Majlis bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 1.45 petang.