Perarakan berhenti di hadapan bangunan baru kerajaan. Sambutan ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Mohd. Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku. Semangat maulidur rasul dikalangan peserta terbukti cekal biarpun hujan turun pada sambutan kali ini. SK. Tungku telah memenangi tempat ke-3 bagi pertandingan sepanduk kategori sekolah. Asrama SK. Sri Pantai memenangi kategori ini. Walaubagaimanapun SK. Tungku dipilih sebagai johan perarakan keseluruhan untuk daerah kecil Tungku bagi tahun 2011.Syabas.
Sunday, March 6, 2011
Maulidur Rasul Peringkat Daerah kecil Tungku 2011
Pada 19hb Febuari, sambutan perayaan Maulidur Rasul Peringkat Daerah kecil Tungku telah berlangsung. Sambutan ini disertai oleh kampung-kampung dari kawasan Tungku dan kawasan Felda. Sambutan ini juga dimeriahkan dengan penyertaan 4 sekolah diantaranya SK. Tungku. Pada awal pagi sabtu kesemua kontinjen akan berkumpul di padang pejabat daerah Tungku bersama dengan sepanduk masing-masing untuk dinilai oleh para pengadil.

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011
Pada 18hb Febuari lalu , sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan perarakan pada awal pagi kemudian acara selebihnya diadakan dalam dewan. Murid-murid digalakkan memakai pakaian melayu bagi murid lelaki dan baju kurung beserta tudung bagi murid perempuan. Perarakan dijalankan di sepanjang jalan menuju simpang Pejabat Daerah kecil Tungku di iring oleh polis cawangan Tungku.

Majlis diteruskan dengan berzanji, nyanyian nasyid dari murid-murid dan ceramah tentang kisah nabi yang disampaikan oleh Ustaz A. fathoni. Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi PIBG sekolah En. Taib bin Mayong ini diakhiri dengan pembahagian bunga telur kepada murid-murid.
Saturday, March 5, 2011
Sukan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Lahad Datu 2011
Sukan sekolah untuk sekolah rendah daerah Lahad Datu telah diadakan pada 3-4hb Mac 2011. Pasukan SK. Tungku telah menghantar sebanyak 6 atlit untuk kejohanan kali ini. Sukan kali ini agak berbeza dengan kejohanan sebelumnya kerana semua sekolah tidak lagi bertanding mengikut zon tetapi berkumpul dan bertanding di gelanggang yang sama. Sistem ini pernah dipraktikkan pada tahun 80an dan 90an. Gelanggang yang agak becak sedikit menggangu prestasi atlit untuk beraksi dengan sebaik mungkin. Namun begitu perjalanan program dan acara telah berlangsung dengan baik sekali tanpa ada acara yang ditunda.
Keseluruhannya SK. Tungku menduduki tempat ke-6 daripada 42 sekolah yang bertanding dengan satu pingat perak. Johan keseluruhan dimenangi oleh SK. Tanjung Labian. Seramai 8 orang guru terlibat mengiring pasukan dan 2 daripadanya bertugas sebagai pegawai pengadil kejohanan dan termasuk juga Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Besar. Kejohanan tahun depan akan diadakan di SK. Anjung Teduh,Lahad Datu.
Subscribe to:
Posts (Atom)