Di sepanjang minggu lepas juga berlangsung perjumpaan rumah-rumah sukan pada 20hb Jun dan perjumpaan AJK Perlaksana Sukan Sekolah pada 23hb Jun. Perjumpaan-perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan tentang hal ehwal dalaman antara rumah-rumah sukan, percaturan strategi serta memastikan perjalanan program berjalan lancar. Perjumpaan antara AJK pelaksana pula menyaksikan perbincangan hangat dikalangan ahli berkaitan beberapa perkara. Walau bagaimanapun, keputusan sebulat suara dapat juga dicapai hasil toleransi sesama ahli.
Pada hari jumaat pula pihak tentera telah bertemu dengan Guru Besar sekolah bagi memaklumkan tentang lawatan pegawai Angkatan Tentera Darat melalui helikopter yang akan mendarat di padang bersebelahan sekolah. Walau bagaimanapun, helikopter tersebut mendarat selepas waktu persekolahan. Pendaratan helikopter ini mendapat perhatian ramai penduduk kampung berdekatan bagi melihat dengan lebih dekat helikopter tersebut.
Sebelum itu, beberapa rumah sukan telah memantapkan lagi persiapan menghadapi sukan sekolah dengan memberi pendedahan awal kepada atlit-atlit mereka dalam beberapa acara. Rumah-rumah sukan ini juga telah membuat persiapan terakhir mereka melalui latihan pengukuhan pada setiap petang dan ada juga yang melakukan persiapan terakhir pada hujung minggu.
Kejohanan sukan peringkat sekolah telah pun dirasmikan dan beberapa acara telah pun bermula dan akan berakhir pada hari khamis ini. Kejohanan akan ditutup secara rasminya selepas larian merentas desa/larian 1 murid 1 sukan yang akan berlangsung pada 2hb Julai ini.