Wednesday, June 27, 2012

Hari pertama program Hari Motivasi dan Kecemerlangan SK. Tungku 2012

Hari pertama program Motivasi dan Kecemerlangan SK. Tungku berjalan lancar tadi dengan program pada hari ini dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu dan diikuti oleh subjek Sains. Penceramah jemputan untuk subjek Bahasa Melayu, Hj. Suhaimi b. Kasuari memulakan program hari ini dengan memberi ceramah teknik menjawab soalan kertas 2 Bahasa Melayu. Ini merupakan lawatan beliau kali kedua sejak pertama kali hadir memberikan ceramah pada tahun 2009.
















Penceramah jemputan kedua untuk subjek Sains, En. Mohd Ali Masyhum dari SK. Cenderawasih menyambung program kedua untuk hari ini dengan menerangkan aspek-aspek yang perlu diketahui sebelum menjawab soalan selain menyampaikan teknik menjawab soalan untuk bahagian aneka pilihan. Kedua-dua penceramah memberi perubahan dan impak yang besar kepada semangat dan pengetahuan murid pada hari ini kerana kebanyakan teknik yang didedahkan diambil dari pengalaman sebagai pemeriksa dan pengetahuan dari perkembangan terkini pengajaran subjek-subjek berkenaan.












Program untuk hari kedua akan dimulakan esok dengan subjek Bahasa Inggeris akan memulakan program diikuti oleh subjek Matematik. Diharap murid-murid dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui program yang dijalankan hari ini. 

Tuesday, June 26, 2012

Persiapan dan perjumpaan Hari Motivasi dan Kecemerlangan UPSR dan Mini Merentas Desa SK. Tungku 2012

Persiapan dewan dan peralatan P.A System telah dilakukan tadi sebelum program tahunan sekolah iaitu Motivasi dan Kecemerlangan UPSR SK. Tungku diadakan esok. Ahli jawatankuasa yang dilantik telah pun sedia menjalankan tugas, murid-murid telah pun diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan esok dan "final check" juga telah dilakukan semasa perjumpaan singkat ahli-ahli jawatankuasa program tersebut.








Pengerusi program tersebut, En. Jabridin mengendalikan perjalanan persiapan dewan dan memastikan semuanya berjalan lancar. Penolong Kanan Kurikulum, En. Idros A. Kampak juga hadir memantau persiapan dewan. Pada perjumpaan jam 12. 20 tengah hari tadi, Penolong Kanan Kurikulum, En. Idros telah membincangkan persiapan terakhir program tersebut, membincangkan masalah-masalah yang timbul. Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdul Hasim kemudiannya memberi sedikit taklimat mengenai dapatan mesyuarat yang beliau hadiri tadi dan menjelaskan perjalanan program mini merentas desa yang disampaikan oleh En. Jabridin. Taklimat berkenaan "check point" dalam kawasan merentas desa juga telah dijelaskan oleh En. Rizali bagi memberi kefahaman jelas perjalanan program tersebut. Perjumpaan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang.












Monday, June 25, 2012

Mesyuarat Disiplin kali ke 2

Mesyuarat Disiplin kali ke-2 telah diadakan bagi tahun 2012 ini bertempat di Pusat Sumber sekolah pada hari khamis lepas, 26 hb Jun 2012. Mesyuarat yang bermula lebih kurang jam 12.30 tengah hari itu dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Umai Kalsum. Mesyuarat membincangkan tentang hal-hal yang berbangkit pada minit mesyuarat lepas, kehadiran perhimpunan, permasalahan murid-murid dalam kelas, kelas streaming, dan hal-hal lain yang berkaitan.






Guru kaunseling SK. Tungku, En. Abd. Hakim turut memberi ucapan dengan menjelaskan aktiviti-aktiviti di bawah Kaunseling dan menjelaskan maklumat terkini berkaitan prosedur berjumpa dengan murid-murid mengikut ISO yang ditetapkan dan turut menyentuh tentang Buku Rekod Kemajuan Murid dan Kad 001R yang perlu sentiasa dikemaskini dan diletakkan di bawah seliaan beliau.



Guru Besar SK. Tungku, En. Marjan Bin Hj. Bahajan turut memberi ucapan dengan menjelaskan tentang "reshuffle" yang nyata menarik perhatian guru-guru dalam mesyuarat tersebut. Beberapa guru turut membangkitkan beberapa persoalan tentang masalah kelas dan hal-hal yang berkaitan dan mendapat respon yang positif daripada rakan-rakan lain. Diharap hasil dari mesyuarat ini akan digunakan sebaiknya untuk kebaikan warga SK. Tungku secara keseluruhannya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.