Saturday, July 30, 2011

Aktiviti di sepanjang bulan Julai 2011

Beberapa aktiviti atau program telah dijalankan di sepanjang bulan Julai ini. Kebanyakkan  program ini melibatkan aktiviti murid-murid dan ada juga melibatkan guru-guru bersama kaum keluarga. Beberapa program formal dan tidak formal ini berjaya dilaksanakan dan perlu diselesaikan sebelum bulan ramadhan minggu depan.
Antara program atau aktiviti yang dijalankan ialah perjumpaan atau taklimat mengenai Program pemantauan sistem fail sekolah yang akan diadakan pada 27hb Julai jam 11 pagi. Beberapa siri taklimat telah diadakan dibawah kendalian En. Jabridin bagi memastikan segala persiapan serta maklumat jelas disampaikan kepada guru-guru. Perbincangan mengenai penetapan Misi dan Visi sekolah juga dibincangkan untuk memantapkan lagi persiapan sebelum hari pemantauan.





Beberapa org guru juga telah mengadakan majlis tahlil bertempat di pusat sumber sekolah. Dimulakan dengan   Penolong Kanan HEM, Puan Umai Kalsum seterusnya diikuti oleh En.Jabridin bersama keluarga dan akhir sekali En. Rizali dan Isteri. Majlis bacaan tahlil diadakan pada akhir sesi persekolahan.









Bagi menghilangkan rasa mengantuk murid-murid dan memeriahkan lagi suasana sesuatu pembelajaran, kegiatan luar diadakan bagi mengatasi masalah tersebut. Beberapa aktiviti yang dibuat berdasarkan p&p sesuatu subjek nyata menyegarkan semula minda murid-murid yang bukan sahaja seronok tetapi juga belajar sesuatu melalui aktiviti tersebut. Sebagai contoh, kegiatan membuat layang-layang nyata memberi satu pengalaman berguna kepada murid-murid dari segi cara menbuat serta praktikal menerbangkannya.



Selain aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, pihak ekolah juga baru-baru ini telah menganjurkan program bengkel menjawab soalan khas untuk murid-murid tahun 6. Beberapa penceramah jemputan telah datang memberikan tips-tips berguna kepada murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada bulan september nanti. Penceramah didatangkan khas dari SK. Sahabat 4, SK. Sri Darun, SK. Telisai dan SK. Anjung Teduh diharap memberi pandangan atau idea serta semangat baru untuk murid-murid menghadapi peperiksaan.















Ada beberapa minggu saja lagi sebelum peperiksaan UPSR berlangsung. Diharap segala persiapan yang dilakukan sepanjang bulan Julai ini akan menjadi panduan yang berguna bagi murid-murid terutamanya tahun 6 mempersiapkan diri pada bulan ramadhan ini.


Saturday, July 16, 2011

Majlis "Night of the Knight"

Pada 13hb Julai lalu, majlis makan malam yang juga dikenali sebagai "Night of the Knight" telah diadakan di Dewan Serbaguna Siew Ching, Lahad Datu. Majlis makan malam ini adalah sempena jamuan perayaan Hari Guru 2011 peringkat daerah Lahad Datu. Majlis dihadiri oleh 10 orang guru bagi tiap sekolah dalam daerah Lahad Datu. SK. Tungku telah diwakili oleh Guru Besar SK. Tungku En. Ahmad Sallehan, Penolong kanan HEM Pn. Umai Kalsum, Penolong Kanan Kurikulum En. Idros A. Kampak, En. Zulkifle Abd. Kayum, En. Jabridin Yusof, En. Abdul Hakim Abdul Rajak, En. Awang Rozey, En. Nurulla, En. Noradieh dan Cik Nurul Shahrinah. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ADUN Parlimen Silam, Yang Berhormat Dr.Haji Salleh bin Haji Kalbi. Majlis diserikan lagi dengan tarian kebudayaan oleh pelajar Sekolah Pekan 2, Lahad Datu.  Penyampaian hadiah untuk sekolah-sekolah dalam kategori yang berjaya diadakan selepas tarian kebudayaan dan majlis makan malam bermula lebih kurang jam 8.30 malam.










Majlis berakhir lebih kurang jam 9.20 malam. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan staf SK. Tungku yang menunjukkan komitmen tinggi untuk menghadiri majlis tersebut.

Wednesday, July 13, 2011

Kem Bakat Sukan Pribumi Bola Sepak SK. Tungku 2011

Pada 8hb Julai lalu, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah mengadakan Kem Bakat Sukan Pribumi Bola Sepak di sekolah SK. Tungku. Kem yang berlangsung selama dua hari itu dikendalikan oleh pegawai Pejabat Belia dan Sukan En. Felix. Tujuan diadakan Kem Bakat ini ialah bagi mendedahkan latihan asas kepada murid-murid kawasan luar bandar mengenai teknik latihan betul sukan bola sepak.Dua orang jurulatih dari Pejabat Belia dan Sukan berserta pembantu mendedahkan murid-murid aspek teknikal serta cara latihan asas selama dua hari bermula petang jumaat. Kedatangan pegawai pada jam 2 petang disambut oleh En. Noradieh B. Kadis dan En. Mohd. Jam'aus Shahrir selaku guru yang menguruskan penyediaan tempat serta memastikan program berjalan lancar.














Majlis penutupan dilakukan pada petang sabtu 9hb Julai 2011. Guru besar SK. Tungku dan Pengarah Pejabat Belia dan Sukan Tawau telah hadir pada majlis penutupan dan majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Belia Sukan Tawau. Semoga hasil ilmu yang mereka perolehi daripada Kem Bakat ini akan dapat digunakan sepenuhnya sama ada ketika melakukan aktiviti sekolah atau kegiatan luar.