Tuesday, June 28, 2011

Peristiwa dan Aktiviti sepanjang minggu lepas

Banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku di dalam mahupun luar sekolah sepanjang minggu lepas. Antaranya Sukaneka anjuran Pergerakan Wanita UMNO yang berlangsung di padang luar sekolah. Ianya berlangsung pada 19hb Jun lalu. Majlis bermula dalam jam 8 pagi dan berakhir sebelum tengah hari. Majlis ini mendapat sambutan ramai penduduk kampung berhampiran.


Di sepanjang minggu lepas juga berlangsung perjumpaan rumah-rumah sukan pada 20hb Jun dan perjumpaan AJK Perlaksana Sukan Sekolah pada 23hb Jun. Perjumpaan-perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan tentang hal ehwal dalaman antara rumah-rumah sukan, percaturan strategi serta memastikan perjalanan program berjalan lancar. Perjumpaan antara AJK pelaksana pula menyaksikan perbincangan hangat dikalangan ahli berkaitan beberapa perkara. Walau bagaimanapun, keputusan sebulat suara dapat juga dicapai hasil toleransi sesama ahli.








Pada hari jumaat pula pihak tentera telah bertemu dengan Guru Besar sekolah bagi memaklumkan tentang lawatan pegawai Angkatan Tentera Darat melalui helikopter yang akan mendarat di padang bersebelahan sekolah. Walau bagaimanapun, helikopter tersebut mendarat selepas waktu persekolahan. Pendaratan helikopter ini mendapat perhatian ramai penduduk kampung berdekatan bagi melihat dengan lebih dekat helikopter tersebut.









Sebelum itu, beberapa rumah sukan telah memantapkan lagi persiapan menghadapi sukan sekolah dengan  memberi pendedahan awal kepada atlit-atlit mereka dalam beberapa acara. Rumah-rumah sukan ini juga  telah membuat persiapan terakhir mereka melalui latihan pengukuhan pada setiap petang dan ada juga yang melakukan persiapan terakhir pada hujung minggu.













Kejohanan sukan peringkat sekolah telah pun dirasmikan dan beberapa acara telah pun bermula dan akan berakhir pada hari khamis ini. Kejohanan akan ditutup secara rasminya selepas larian merentas desa/larian 1 murid 1 sukan yang akan berlangsung pada 2hb Julai ini.

Saturday, June 18, 2011

Mesyuarat Sukan Sekolah



Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum yang baru iaitu En. Abdul Hasim. Mesyuarat membincangkan tentang aktiviti merentas desa, penetapan hari sukan sekolah serta pemberitahuan senarai jawatankuasa untuk merentas desa dan hari sukan tersebut. Mesyuarat telah menetapkan tarikh untuk hari merentas desa ialah pada 24hb Jun ini. Manakala pada 27, 28 dan 29 merupakan Hari Sukan Sekolah. Majlis bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 1.45 petang.